FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Pengetahuan Dalam Keberkesanan Organisasi


 


 September 26th, 2022  |  11:07 AM  |   360 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Kira-kira 40 orang Ahli Persatuan Sumber Manusia (HRS) yang terdiri daripada profesional sumber manusia (HR) sektor awam dan swasta di seluruh negara menghadiri bengkel dan sesi berhubung dengan tajuk 'Kepentingan Keberkesanan Organisasi' bertempat di RF Level, Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC), baru-baru ini.

 

Ini merupakan anjuran bersama Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) dan PJSC sebagai rakan kongsi bersama.

 

Bengkel dan sesi berhubung ini adalah kesinambungan daripada hasil dialog daripada Siri HRS Learn and Connect : Global Trends Keeping HR Up at Night pada bulan Ogos lalu dalam menyediakan alat untuk mengurus persekitaran yang berubah dengan pantas dan kaitannya yang penting dengan HR.

 

Acara tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Naib Presiden HRS, Dayang Marzalenie binti Haji Omar yang kini merupakan Pengurus Pembelajaran dan Pembangunan di Syarikat Brunei Shell Petroleum (BSP).

 

Bengkel yang diketuai oleh Dayang Azrina binti Taib selaku Ketua Organisai Keberkesanan BSP ini memberikan pengenalan kepada keberkesanan organisasi, atau lebih dikenali secara meluas dalam industri sebagai Pembangunan Organisasi (OD), cerapan tentang model organisasi utama dan alatan yang digunakan untuk mendiagnosis keberkesanan organisasi.

 

Dalam sesi itu, para ahli telah diajar amalan penting dalam OD bahawa organisasi perlu menerima dan mengekalkan tahap prestasinya dalam persekitaran yang pesat untuk membolehkan pertumbuhan dalam perniagaan melalui diagnostik dan campur tangan yang berkesan.

 

Acara diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Naib Presiden HRS kepada Dayang Azrina binti Taib sebagai fasilitator utama dan rakan kongsi acara diwakili oleh Pengurus Sumber Manusia untuk JPMC dan PJSC, Genevieve Yee.

 

HRS telah ditubuhkan pada 5 Jun 2021, disokong oleh BSP Social Investment dalam usaha untuk terus membangunkan keupayaan profesional HR di negara ini.

 

Orang ramai yang ingin menyertai persatuan tersebut boleh mendaftar secara dalam talian melalui pautan: 'https://linktr.ee/hrsociety.bn'.

 

Keahlian HRS terdiri daripada pengamal HR dan profesional yang bersemangat dalam pembangunan organisasi.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HRS, layari laman sosial mereka '@hrsociety.bn' di Instagram dan LinkedIn, dan melalui e-mel '[email protected]'. Dalam masa yang sama, laman sesawang rasmi HRS akan dilancarkan dalam masa yang terdekat ini. 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16