Home > Bahasa Melayu
Chainblock Raih Tempat Ketiga Pada Kejohanan Tarik Tali
September 26th, 2022 | 12:02 PM | 264 views
SABAH, MALAYSIA
Pasukan ChainBlock yang mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Persatuan Tarik Kalat NBD telah pun berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Tarik Tali Solidariti Terbuka Tambunan Sabah yang bermula dari 23 hingga 25 September 2022 yang mengambil tempat di Padang Karanaan Tambunan Sabah bagi merebut Piala Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Pada perlawanan separuh akhir berkenaan, ChainBlock tewas kepada Black Maria pada penentuan johan dan naib johan. Bagi penentuan tempat ketiga, ChainBlock telah berjaya mengalahkan Gambaradu dari Daerah Ranau dalam dua set tarikan dan berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500, piala iringan dan medal.
Manakala, johan milik Tagon 'B' dari Daerah Tambunan dengan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000, piala rebutan dan medal.
Sementara naib johan ialah Black Maria dari pasukan Polis Diraja Malaysia Kota Kinabalu Sabah dengan membawa pulang wang tunai RM3,500, piala iringan dan medal.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Pihak Persatuan Tarik Kalat NBD akan terus memartabatkan lagi sukan tarik kalat dengan terus membangun dan memperjuangkan sukan berkenaan di NBD dan serantau.
Oleh itu, pihak Persatuan Tarik Kalat NBD telah pun dijemput bagi mengikuti Kejohanan Tarik Kalat Jemputan di Limbang / Lawas Sarawak pada 29 hingga 30 Oktober 2022 bertempat di Kompleks Sukan Limbang Sarawak.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]