FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kontinjen NBD Selamat Kembali Ke Tanah Air


 


 September 27th, 2022  |  13:48 PM  |   387 views

BERAKAS

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Urus Setia, pasukan Renang dan Pencak Silat pulang ke tanah air kelmarin selepas menyertai kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN 2022, di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara, seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

 

Hadir sama, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly serta Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

 

Atlet Sukan Renang negara, Joel Ling Thai Yu berjaya memenangi pingat perak bagi acara 200 meter Back Stroke Lelaki, dengan catatan masa 2:12.91 saat, sekali gus memperbaiki rekod peribadi beliau sebelum ini dengan catatan masa 2:14.68 saat.

 

Sementara Awang Md. Izzamuddin bin Taha meraih pingat gangsa buat negara bagi acara Pencak Silat dalam Kategori Tanding Lelaki Kelas 'A'.

 

Kontinjen negara diketuai oleh Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke SUKMA XX MSN 2022, Malaysia.

 

Semasa ditemui media, Joel Ling Thai Yu berkata, saingan yang dihadapi pada kejohanan berkenaan adalah sengit, di mana kesemua peserta yang bersaing dalam acara itu merupakan atlet berpengalaman.

 

"Perancangan saya adalah untuk menyertai lebih banyak pertandingan bagi mewakili Negara Brunei Darussalam dan berharap akan mendapatkan lagi pingat serta mengharumkan nama negara," katanya.

 

Sementara itu, Awang Md. Izzamuddin berkata, beliau tewas kepada atlet dari Negeri Kedah yang sebelum ini pernah memenangi pingat perak di kejohanan bertaraf dunia.

 

"Saya merancang untuk meneruskan latihan dengan bersungguh-sungguh dan berharap akan dapat mewakili negara ke kejohanan sukan seterusnya, seperti Sukan SEA dan kejohanan bertaraf dunia," katanya.

 

Edisi SUKMA kali ini, kontinjen negara menyertai sebanyak lima acara sukan, iaitu Akuatik (Renang); Karate; Petanque; Pencak Silat; dan Wushu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17