FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Musang King : 2 Peguam Bela Tarik Diri


 


 October 1st, 2022  |  12:11 PM  |   1158 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Peguam Bela, Roy Prabhakaran dan Pengiran Muhammad Khairul Nizam bin Pengiran Haji Mohd Yassin dilaporkan telah menarik diri daripada pasukan peguam bela sindiket keluarga pengedar dadah dalam Operasi Musang King.

 

Kes yang membabitkan sindiket keluarga pengedar dadah dalam Operasi Musang King berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah kelmarin dengan beberapa perkembangan yang baharu.

 

Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar telah menetapkan kes berkenaan untuk menjalani siasatan pada Disember.

 

Sementara itu, Peguam Bela, Daud Ismail masih mewakili defendan, Isamuddin bin Ahmad.

 

Defendan, Ahmad bin Haji Tamit dan isterinya, Maskunah binti Wahab, bersama anak mereka, Isamuddin, Mohammad Saifuddin dan Siti Izzatul Munirah, serta suaminya Jakaria bin Ahad telah didakwa atas dua kesalahan di bawah Seksyen 3A, Akta Penyalahgunaan Dadah, Bab 27, yang membawa hukuman mati.

 

Defendan didakwa memiliki seberat 18.9943 kilogram Methylamphetamine untuk tujuan pengedaran.

 

Dadah berkenaan didakwa ditemui di kawasan belakang sebuah rumah di Jalan Junjongan.

 

Dakwaan juga menyatakan, mereka memiliki seberat 532.44 gram Methylamphetamine dalam botol  dan juga ditemui berhampiran kawasan yang sama.

 

Defendan tinggal di rumah dalam kawasan tersebut.

 

Selain itu defendan, Isamuddin menghadapi satu pertuduhan memiliki seberat 54.1 gram Methylamphetamine di dalam beg plastik hitam di sekitar sebuah rumah di Jalan Junjongan.

 

Kesalahan berkenaan boleh membawa hukuman penjara antara 20 dan 30 tahun, serta sebatan mandatori sebanyak 15 kali.

 

Defendan, Siti Izzatul Munirah dan defendan, Jakaria turut didakwa memiliki hasil jenayah yang bertentangan dengan Seksyen 3, Perintah Pemulihan Aset Jenayah 2012, iaitu rumah dianggarkan bernilai BND80,000 hingga lebih BND100,000.

 

Mereka juga didakwa menyembunyikan pemilikan sebenar kenderaan dengan mendaftarkan kereta berkenaan di bawah nama pihak ketiga.

 

Defedan, Siti Izzatul Munirah juga menghadapi pertuduhan memiliki lebih 50 barang kemas emas yang didakwa daripada hasil jenayah.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Suriana binti Haji Radin mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17