Home > Sports
Piala FA Brunei 2022 Diteruskan
October 3rd, 2022 | 17:37 PM | 3898 views
RIMBA
Piala FA Brunei 2022 diteruskan lagi dengan beberapa perlawanan, antaranya menyaksikan pertembungan di antara MS ABDB dan AKSE BERSATU, di Stadium Mini Tentera Udara Diraja Brunei, di sini.
Pada perlawanan tersebut, MS ABDB berjaya menewaskan AKSE BERSATU, dengan jaringan 1 - 0.
Gol tunggal MS ABDB dijaringkan oleh 51928 Sld. Muhammad Saiful Ammar Haji Adis pada tambahan masa, di separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus gigih berusaha untuk menjaringkan gol, tetapi kedudukan 1 - 0 bertahan hingga wisel penamat dibunyikan dan kemenangan berpihak kepada MS ABDB.
Pada perlawanan lain, yang diadakan di Padang FABD, perlawanan di antara Indera SC dan IKLS-MB5 FC berkesudahan dengan 2 - 1, yang berpihak kepada Indera SC.
Sementara di Padang Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Kasuka FC berpesta gol setelah berjaya membelasah Almerez FA, 9 - 0.
Perlawanan di Kompleks Sukan Berakas pula menyaksikan Kota Ranger FC bertemu Rimba Star FC, di mana kemenangan berpihak kepada Kota Ranger FC, iaitu 8 - 1.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]