FacebookInstagramTwitterContact

 

Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>           Joe Biden signs the bill that could ban TikTok in the United States           >>           EU's new right-to-repair rules force companies to repair out-of-warranty devices           >>           Yokohama F. Marinos Do It The Hard Way But They Are Finally In An AFC Champions League Final           >>           Hernán Crespo Exacts Revenge On Al Hilal As Al Ain Reach AFC Champions League Final           >>           PSV Want USMNT's Dest Despite Confirming Serious Knee Injury           >>           Late Milik Strike Sends Juventus Into Coppa Italia Final           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Keagamaan Serikan Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas


 


 October 3rd, 2022  |  18:10 PM  |   380 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena dengan Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Majlis Tahlil, khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Majlis yang berlangsung di Kubah Makam Diraja itu dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku ketua rombongan.

 

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap, Pengarah-pengarah dan Pegawai-pegawai Kanan dari KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta Ahli-ahli daripada Pusat-pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), di ke empat-empat daerah, Pertubuhan Wargamas, persatuan-persatuan bukan kerajaan dan rakan-rakan strategik KKBS.

 

Bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil pada majlis tersebut, dipimpin oleh Guru Ugama Terlatih, Awang Abdul Hassan bin Haji Angkis.

 

Seterusnya, rombongan beredar ke Masjid Ash Shaliheen, Jalan Perdana Menteri untuk Majlis Doa Kesyukuran.

 

Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, diteruskan dengan Bacaan Ratib Al-Attas, Doa Kesyukuran, Doa Allah Peliharakan Sultan dan Doa Menghindar daripada Wabak COVID-19, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

 

Acara dihadiri oleh lebih kurang 300 orang, terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan dari KKBS dan Jabatan-jabatan di bawahnya, Ahli-ahli PKWE dari seluruh negara, Persatuan Wargamas, persatuan-persatuan bukan kerajaan yang terlibat dengan aktiviti warga emas, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung serta penduduk-penduduk kampung.

 

Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas adalah bagi memperingati jasa golongan warga emas, dalam sama-sama menyumbang pada pembangunan Negara serta pengukuhan institusi keluarga, di samping memperkasa golongan warga emas untuk meneruskan bakti dan bergiat aktif melalui penglibatan dalam masyarakat, kesukarelawanan, pendidikan sepanjang hayat, sosioekonomi dan lain-lain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19