FacebookInstagramTwitterContact

 

Hot Peppers To Heart Attacks: The Deadly Consequences Of Extreme Capsaicin Breeding           >>           Revolutionary Test Uncovers Hidden Cause Of Miscarriage: Womb Lining Disorder Exposes Preventable Pregnancy Loss           >>           'I Got A Pineapple Tattoo And Was Horrified To Learn What It Meant'           >>           Debby Ryan's Birthday Tribute To Jeff Baena Perfectly Captures The Rollercoaster Of Grief           >>           Olivia Munn Addresses Aaron Rodgers' Family Rift In Rare Relationship Comments           >>           US Lawmakers Allege That Oneplus Phones Transmit Data To Chinese Servers Without User Consent           >>           Hundreds Of Brother Printer Models Have Security Flaw That Can't Be Patched           >>           Man City Vs Al Hilal: Storms Forecast For Club World Cup Round-Of-16 Clash           >>           USMNT Learning How To Fight Through Adversity At Gold Cup           >>           USMNT Keeper Saves 3 In Gold Cup Win Over Costa Rica           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Juara Futsal Piala Menteri Kesihatan 2022 Milik Jabatan Perkhidmatan Kesihatan


 


 October 3rd, 2022  |  18:12 PM  |   361 views

BERAKAS

 

Pasukan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan muncul juara setelah berjaya menumpaskan Pasukan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan dengan jaringan 5 - 1, pada Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal Piala Kementerian Kesihatan 2022.

 

Perlawanan berlangsung pada sebelah petang tadi, di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, di sini.

 

Sementara itu, pasukan Jabatan Perkhidmatan Perubatan pula menduduki tempat ketiga setelah menewaskan pasukan Hospital PIHM Temburong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Sejurus tamat perlawanan akhir, kejohanan anjuran Kementerian Kesihatan diteruskan dengan perlawanan persahabatan di antara pasukan Menteri Kesihatan dan pasukan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan.

 

Sebanyak 12 pasukan, terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Jabatan-jabatan dan Bahagian-bahagian di bawah Kementerian Kesihatan dari keempat-empat daerah menyertai pertandingan tersebut serta ini menunjukkan sambutan yang positif.

 

Objektif kejohanan diadakan adalah untuk menggalakkan Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Kesihatan untuk bergiat cergas serta aktif melakukan aktiviti-aktiviti kesukanan, meningkatkan persefahaman dan kerjasama secara berpasukan (teamwork) dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kerjasama dalam kalangan Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kesihatan; Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; dan Guru-guru Kanan Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China Partially Lifts Ban On Japanese Seafood Imports

 2025-07-01 01:54:30

The Global Environmental Award Hit By Accusations Of Greenwashing

 2025-07-01 02:16:56