FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei Run 2022 Sempena Hari Jantung Sedunia


 


 October 3rd, 2022  |  18:13 PM  |   437 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Jantung Sedunia yang diraikan setiap 29 September merupakan salah satu platform bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit jantung dan pada masa yang sama mengingatkan orang ramai, bahawa penyakit Kardiovaskular dapat dicegah dengan mengambil langkah-langkah terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung.

 

Sehubungan itu, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Gleneagles JPMC mengadakan acara Brunei Run 2022 sempena Hari Jantung Sedunia 2022 semasa Program Bandarku Ceria, di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Gleneagles JPMC; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; dan Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan sesi senamrobik, diikuti dengan pelepasan bagi acara walkaton sejauh 5 kilometer (km) dan pertandingan larian sejauh 20km, disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Acara pertandingan larian 20km diadakan sempena Memperingati 20 Tahun Penubuhan Gleneagles JPMC, pada 15 Julai 2002.

 

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan.

 

Hadiah bagi para pemenang larian disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.

 

Tempat pertama pertandingan larian memenangi hadiah wang tunai BND500; tempat kedua menerima hadiah wang tunai BND400; dan wang tunai sebanyak BND300 bagi tempat ketiga.

 

Tetamu Kehormat kemudiannya menyaksikan pameran kesihatan dan beberapa aktiviti yang dijalankan sempena Hari Jantung Sedunia 2022, termasuk demonstrasi pertolongan kecemasan dan aktiviti kekeluargaan, yang diungkayahkan oleh Pusat-pusat Kecergasan Program Workplace and Health (WAH) dan Happy Environment and Lifestyle (HEAL), Demensia Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Dynamic Sports.

 

Tema Hari Jantung Sedunia pada tahun ini adalah 'Gunakan Jantung untuk Setiap Jantung' (Use Heart For Every Heart), di mana mesej utama tema tersebut ialah untuk menekankan tiga perkara, iaitu 'Use Heart for Humanity', 'Use Heart for Nature' dan 'Use Heart for You'.

 

Acara Sambutan Hari Jantung Sedunia 2022 juga menyokong inisiatif BN on the Move : Cabaran 20 Bilion Langkah Bersama, yang bermula pada Sabtu, 1 Oktober 2022 hingga penghujung tahun 2022 ini.

 

Oleh itu, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai inisiatif tersebut melalui aplikasi BruHealth masing-masing.

 

Dengan adanya acara larian, walkaton dan pameran ini, Kementerian Kesihatan berharap akan dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan jantung dalam kalangan masyarakat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54