FacebookInstagramTwitterContact

 

Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Awangku Mohd. Syakir Ungguli Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan Ke-22


 


 October 3rd, 2022  |  18:16 PM  |   460 views

MUKIM MENTIRI

 

Kejohanan Golf Amal Pusat Ehsan Ke-22, yang berlangsung selama tiga hari menutup tirainya hari ini dengan menyaksikan kehebatan Awangku Mohd. Syakir bin Pengiran Alli muncul juara 'Overall Gross' dengan 69 pukulan, sekali gus membawa pulang piala rebutan The Patron's Challenge Trophy dan wang tunai.

 

Sementara, naib juara disandang oleh Mohammad Aritz Maldini bin Haji Majid dengan 70 pukulan (secara OCB) dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Md. Irwan Haji Hamid dengan 70 pukulan.

 

Kejohanan Golf Amal yang bermula Jumaat lalu, disertai lebih daripada 250 pemain dan berjaya mengumpul dana sebanyak BND31,165.

 

Penyampaian hadiah utama disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, yang berlangsung di Kelab Golf Pantai Mentiri, Kampung Mentiri.

 

Selain hadiah kejohanan, para pemain juga berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah barangan elektrik serta beberapa lagi hadiah menarik.

 

Perlawanan dikendalikan mengikut Sistem 36 (Stroke Play) dengan yuran penyertaan sebanyak BND100, manakala perlawanan kedua berturut-turut, seterusnya adalah sebanyak BND80 sahaja.

 

Kejohanan turut mendapat sokongan selaku Event Partners daripada pihak Singapore Association, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di negara ini, CityNeon Displays and Construction Sdn. Bhd., Kelab Golf Pantai Mentiri serta rakan-rakan kongsi Pusat Ehsan.

 

Pusat Ehsan merupakan sebuah pertubuhan kebajikan amal bukan kerajaan yang ditubuhkan, bukan untuk mendapatkan keuntungan, tetapi untuk mendapatkan dana sepenuhnya daripada derma dan sumbangan daripada masyarakat.

 

Justeru antara objektif kejohanan adalah untuk mengumpul dana bagi pusat tersebut, di samping memberikan peluang kepada orang ramai, terutama dari sektor swasta dan korporat untuk menaja dan menderma melalui sukan Golf, sama ada dengan mengambil bahagian dalam pertandingan atau menderma kepada pusat tersebut.

 

Tema kejohanan masih dikekalkan sebagai 'Perpetual Care', yang menggariskan keprihatinan dan dedikasi berterusan bagi orang kurang upaya, di bawah penjagaan Pusat Ehsan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39