FacebookInstagramTwitterContact

 

Real Madrid Ask To Delay Laliga Opener Due To CWC – Sources           >>           Kylian Mbappé Drops PSG Harassment Case, Seeks Resolution           >>           UEFA Reject Real Madrid Appeal Over Mbappé, Rüdiger Fines           >>           Tottenham Transfers: Japan Star Kota Takai Completes Move           >>           One Game In And England's Euros Defence Is In 'Must-Win' Territory           >>           Trump Delays Tariffs As The Rest Of The World Plays Hardball           >>           US Will Hike Tariffs On Copper To 50%, Trump Says           >>           Non-Disclosure Agreements Gagging Workers To Be Banned           >>           US Delays Higher Tariffs But Announces New Taxes For Some Countries           >>           Israeli Defence Minister Plans To Move Gaza's Population To Camp In Rafah           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


MoUTingkatkan Kerjasama, Perkongsian Pengalaman


 


 October 3rd, 2022  |  18:19 PM  |   433 views

BERAKAS

 

Graduan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini diraikan dalam Majlis Kesyukuran sempena Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-12  bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, bacaan Asmaul Husna dan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula Surah Adh-Dhuha hingga Surah An-Nas dan bacaan Takhtim serta Doa Khatam daripada graduan-graduan yang diraikan.

 

Atur cara majlis diteruskan dengan Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara KUPU SB dengan sembilan institusi pengajian tinggi luar negara.

 

MoU tersebut ditandangani bersama Mindanao State University Filipina; Universitas Agama Islam Negeri Ambon Indonesia; Universitas Dharmawangsa Indonesia; Universitas Nadhatul Wathan Mataram Indonesia dan Institut Agama Islam Hamzanwadi Nadhatul Wathan Lombok Timur Indonesia.

 

Penandatanganan juga dibuat bersama Nusa Putra University Indonesia; Kolej Universiti Islam Selangor Malaysia; Nippon Muslim Corporation and Japan Da'wah Centre, Osaka Japan dan Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom.

 

Menandatangani perjanjian bagi pihak KUPU SB ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

 

Penandatanganan tersebut merupakan salah satu bentuk respons bagi meningkatkan lagi kerjasama dan perkongsian pengalaman terbaik di antara KUPU SB dengan institusi pengajian tinggi serantau.

 

Bidang kerjasama adalah meliputi pertukaran pelajar dan kakitangan, pertukaran penerbitan, program kerjasama penyelidikan juga pengajaran dan kerjasama dalam mana-mana bidang yang memberikan manfaat kepada dua-dua belah pihak.

 

Majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Akademik KUPU SB kepada 16 pelajar terbaik dalam program masing-masing yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Acara turut diselajurkan dengan penyerahan Wakaf Tarbiyyah daripada para graduan Konvokesyen Ke-12, diterima oleh Pemangku Penolong Ra'es KUPU SB, Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, selaku Pengerusi Bersama Majlis Kesyukuran Graduan Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-12.

 

Majlis diakhiri dengan Doa Penutup oleh Penolong Pensyarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pemangku Timbalan Ra'es, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha; pegawai-pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan KUPU SB serta ibu bapa para graduan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ex-Bangladesh Leader Authorised Deadly Crackdown, Leaked Audio Suggests

 2025-07-09 09:18:15

Trump Delays Tariffs As The Rest Of The World Plays Hardball

 2025-07-09 09:42:22