FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Dipenjara, Disebat Kerana Mencabul


 


 October 4th, 2022  |  12:23 PM  |   704 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki, warga tempatan, berusia 22 tahun, dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara dan dua kali sebatan atas satu pertuduhan kerana mencabul kehormatan seorang remaja perempuan, berusia 16 tahun.

 

Majistret Syafiq bin Haji Zakaria menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Rafaie bin Muhd Ramli, bermula 17 September 2022.

 

Dalam fakta kes, mangsa adalah kenalan rapat rakan defendan, di mana pada 4 Jun 2022, jam 8.00 malam, defendan dan rakannya itu mengambil mangsa di rumahnya, di Kampung Lumut, Kuala Belait dan membawa mangsa lepak di Dermaga Tutong hingga jam 2.00 pagi.

 

Defendan kemudian menghantar rakannya pulang di Daerah Tutong, sementara mangsa duduk di tempat belakang menunggu defendan menghantarnya pulang.

 

Namun, sebelum mereka sampai ke Kampung Lumut, defendan menghentikan keretanya di tepi jalan, Mumong Bypass sambil menaikkan tingkap cermin kereta dan duduk di tempat belakang bersama mangsa.

 

Defendan juga bertanya kepada mangsa, sama ada dia mahu melakukan hubungan seksual bersamanya, namun mangsa memberitahu, bahawa dia tidak mahu melakukan hubungan seksual bersama defendan.

 

Dan defendan terus memaksa dirinya melakukan hubungan seksual terhadap mangsa.

 

Mangsa meminta defendan untuk melepaskannya, namun tidak diendahkan dan malah terus mencabul kehormatan mangsa.

 

Defendan sekali lagi bertanya kepada mangsa untuk melakukan hubungan seksual (bersetubuh) dengannya, tetapi mangsa menjawab jika defendan membayarnya.

 

Mangsa berbuat demikian, disebabkan dia mengetahui defendan tidak mempunyai wang dan dengan idea begitu mangsa dapat melepaskan diri dan dihantar pulang ke rumahnya.

 

Setelah mendengarnya, defendan kembali ke depan dan memberitahu mangsa untuk duduk di depan.

 

Defendan terus memujuk mangsa. Tapi, mangsa bertegas dan berulang kali menolaknya.

 

Disebabkan kecewa, defendan akhirnya memandu ke rumah mangsa.

 

Semasa menghampiri rumah, mangsa membuat keputusan untuk melompat keluar dari kereta untuk melarikan diri daripada defendan.

 

Pada ketika itu, ahli keluarga mangsa menunggunya di luar rumah dan melihat kejadian itu. Defendan menjadi takut dan memandu pergi.

 

Mangsa dan keluarganya terus membuat laporan ke Balai Polis Kuala Belait pada hari yang sama, yang membawa pada penangkapan defendan, pada 15 September 2022.

 

Pendakwaan kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17