Home > Bahasa Melayu
Pelajari Tatacara Pengurusan Kebakaran
October 4th, 2022 | 12:27 PM | 150 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Seramai 20 Kakitangan Readymix Sdn. Bhd. mengikuti Kursus Fire Marshal selama tiga hari, bermula pada 27 hingga 29 September 2022, di Balai Bomba Bandar Seri Begawan, yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi 'A', Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).
Semasa kursus dijalankan para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal serta menjalankan latihan praktikal 'in-house fire drill', di Balai Bomba Bandar Seri Begawan.
Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui ialah mengenai sebab dan punca berlakunya kebakaran; mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik; tatacara penggunaan Alat-alat Pemadam Api dan Selimut Api dengan cara yang betul; dan tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran; serta mengenali perkakas dan peralatan kebombaan di Balai Bomba Bandar Seri Begawan dan Unit Operasi Wanita.
JBP ada menyediakan program-program keselamatan, seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan Alat Pemadam Api.
Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan berikan maklumat tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]