Home > Bahasa Melayu
2 Pegawai JBP Hadiri Kursus CDA Singapura
October 4th, 2022 | 12:28 PM | 145 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah pun menghantar dua pegawai, iaitu SFR Azmi bin Haji Md. Daud; dan ASFR Mushidee bin Junaidi bagi menghadiri Regional Workshop On Management Of Risk and Incident Response For Port And Maritime Disaster Singapore, di Akademi Pertahanan Awam, Singapura (CDA).
Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Pegawai Pemerintah Operasi 'C', SSFR Pengiran Azizul bin Pengiran Haji Yusop dan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'G', SSFR Haji Afiq bin Haji Julah; Ketua Perhubungan Awam, Unit Latihan Luar dan Dalam serta pegawai dan anggota di JBP.
Sehubungan itu, JBP ada menyediakan pelbagai program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui pelbagai aspek keselamatan semasa menangani kecemasan dan mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden, segeralah menghubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan berikan maklumat yang tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]