FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


119 Wakil Pelbagai Agensi Hadiri Taklimat Cuaca Kebangsaan


 


 October 4th, 2022  |  12:31 PM  |   173 views

BERAKAS

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) kini memasuki Monsun Peralihan kedua yang bermula pada awal bulan Oktober 2022 dan berterusan hingga hujung bulan November 2022.

 

Bagi tempoh bulan Oktober dan November berkenaan, kesan angin tempatan akan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian negara, dengan keadaan cuaca cerah pada waktu pagi dan hujan berasingan berlaku di kawasan pesisiran sekitar tengah hari.

 

Manakala ribut petir berlaku di kawasan pedalaman negara pada sebelah petang dan merebak serta menjejaskan kawasan pesisiran dan perairan negara pada waktu malam, dan kadangkala berlanjutan hingga ke awal pagi keesokan harinya.

 

Perkara tersebut antara yang disentuh oleh Ahli Meteorologi dari Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Dayang Harnina binti Morani, ketika menyampaikan maklumat mengenai keadaan cuaca, iklim dan ramalan jangka panjang bagi Monsun Peralihan, pada sesi Taklimat Cuaca Kebangsaan kali ke-17 secara fizikal, yang berlangsung di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

 

Sebagai makluman jelasnya, fenomena La Nina masih lagi berlaku di lautan Pasifik dari tahun 2020 hingga kini dan diramalkan berterusan sehingga Mac 2023.

 

Menurut beliau lagi, sebelum membuat ramalan jangka panjang, pihak BDMD akan memeriksa pelbagai model daripada pelbagai agensi kaji cuaca dan iklim antarabangsa sebagai rujukan.

 

BDMD tambahnya juga mengeluarkan nasihat cuaca sebagai panduan dan nasihat untuk orang ramai dan pelbagai agensi yang berkenaan mengenai kemungkinan berlakunya cuaca aktif dan tidak menentu yang boleh berterusan selama beberapa hari.

 

Selain itu, pihak BDMD juga mengeluarkan Pantauan Cuaca Brunei dan ia adalah untuk memberikan maklumat ringkas mengenai keadaan cuaca semasa yang berlaku di NBD dan impaknya kepada negara kita.

 

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Bencana dari Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Awangku Muhd Naaim Syafii bin Pengiran Haji Besman, pula menyampaikan mengenai pengurusan bencana di NBD.

 

Menurutnya, pendekatan menyeluruh (Whole of Nation Approach) adalah mustahak bagi sama-sama berganding bahu dan bertanggung jawab dalam memastikan kesejahteraan rakyat adalah terjamin.

 

Seramai 119 wakil daripada agensi kerajaan, pihak swasta dan orang ramai menghadiri taklimat berkenaan yang matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kepekaan pelbagai kumpulan pengguna dan orang ramai mengenai dengan keadaan cuaca semasa bagi NBD.

 

Taklimat Cuaca Kebangsaan merupakan salah satu inisiatif BDMD dalam usaha meningkatkan penglibatan kumpulan-kumpulan pengguna seperti Kumpulan Tindakan Awal dan Keselamatan, Kumpulan Ekonomi dan Industri, syarikat-syarikat pembinaan, syarikat-syarikat insurans, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta pihak media massa.

 

Di samping itu, taklimat berkenaan juga akan dapat memudah cara kesiap-siagaan kumpulan pengguna dan orang ramai dalam membuat perancangan dan sebarang tindakan awal dalam menghadapi sebarang keadaan cuaca.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17