Home > Bahasa Melayu
KHEDN Semarakkan Maulud Nabi
October 4th, 2022 | 12:40 PM |
273 views
TEMBURONG
Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-jabatan di dalamnya bagi Tahun 1444 Hijrah / 2022 Masihi, di Daerah Temburong, diadakan di Masjid Kampung Labu Estate, Mukim Labu.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), KHEDN, Awang Salminan bin Haji Burut.
Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, diimamkan oleh imam masjid berkenaan, Awang Khairulamirin Fitri bin Haji Samsuddin.
Setelah itu, acara diteruskan dengan Majlis Dikir Maulud beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Dikir oleh Awang Mohd. Safwan bin Zolkipli juga imam masjid berkenaan.
Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa memohon kepada Allah supaya terselamat daripada bala dan segala jenis penyakit dibacakan oleh imam masjid tersebut, Awang Khairulamirin Fitri.
Juga hadir, Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.
Turut hadir di majlis tersebut, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di dalamnya serta Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung, Ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]