FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Brunei - Jerman Kongsi Pandangan Sama


 


 October 4th, 2022  |  12:46 PM  |   230 views

GADONG

 

Negara Brunei Darussalam (NBD) dan Republik Persekutuan Jerman mempunyai hubungan yang sangat baik sejak beberapa dekad lalu, di mana ia dirasmikan pada 30 Januari 1984, iaitu empat minggu setelah hari kemerdekaan NBD.

 

Pada 14 Mac 1985, iaitu 37 tahun lalu, Republik Persekutuan Jerman membuka kedutaannya di Bandar Seri Begawan dan pada 15 Oktober 1990, Brunei pula membuka kedutaannya di Berlin.

 

Dalam hubungan kerajaan, Jerman dan Brunei adalah rakan kongsi yang boleh dipercayai di antara satu sama lain. Kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama mengenai nilai perintah antarabangsa berasaskan peraturan, multilateralisme dan kepentingan perdagangan bebas.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler semasa menyampaikan ucapannya, pada Majlis Resepsi sempena Hari Perpaduan Jerman, berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Dalam bidang perniagaan, PYT mengongsikan, bahawa beberapa projek mereka telah menggabungkan ekonomi dan matlamat Negara Brunei Darussalam, antaranya ialah Butra Heidelberg Cement (BHC) yang beroperasi sejak 1996; Allianz yang bekerjasama bersama Insurans Nasional sejak 1998; Detecon yang menyediakan perkhidmatan dalam sektor telekomunikasi Brunei secara usaha sama bersama UNN; Medetech Sdn. Bhd., iaitu pembekal utama Teknologi Perubatan Jerman di Brunei; serta Siemens dan Fresenius.

 

"Salah satu projek utama kami telah mencapai peringkat akhir, kami menjangka kemudahan pengeluaran baja di Sungai Liang Industrial Park (SPARK) yang dibina oleh Thyssenkrupp akan diserahkan kepada pemiliknya, Brunei Fertilizer Industries tidak lama lagi.

 

''Dengan kapasiti pengeluaran 3,900 tan urea per hari ia merupakan salah satu kemudahan baja terbesar di Asia Tenggara. Ia diharap akan dapat menyokong strategi kepelbagaian ekonomi NBD," jelas PYT.

 

Menyentuh mengenai kebudayaan dan pendidikan, PYT menerangkan, bahawa seramai kurang lebih 100 pelajar dari Negara Brunei Darussalam belajar di Jerman setakat ini, di mana majoriti mereka adalah dalam bidang Teknikal dan Kejuruteraan.

 

Terdapat juga kerjasama di antara Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Jerman (Bonn), sementara Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga mempunyai rakan kerjasama di Jerman dalam bidang Kewangan Islam, tambah PYT lagi.

 

PYT seterusnya menjelaskan, bahawa bahagian penting dalam hubungan dua hala tersebut ialah sudut serantau yang kukuh, Jerman dan Brunei menganggap organisasi serantau sebagai asas yang sangat kukuh bagi keamanan dan kestabilan, sama ada ia di peringkat serantau mahupun global.

 

"Hubungan dua hala Jerman - Brunei terjalin dalam perkongsian EU - ASEAN yang lebih luas. EU ialah salah satu rakan dialog tertua ASEAN.

 

''Hubungan ini ditingkatkan lagi dengan Perkongsian Strategik, pada Disember 2020 dan kami sudah tidak sabar untuk memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama ini di EU - ASEAN Commemorative's Summit, yang akan berlangsung pada Disember 2022, di Brussels," ujar PYT lagi.

 

Tambahnya, Strategi EU bagi kerjasama di Indo-Pasifik, yang diterima pakai, pada September 2021 mengesahkan hasrat EU untuk meningkatkan lagi penglibatannya dengan rantau itu.

 

Global Gateway ialah tawaran Kesatuan Eropah untuk menghubungkan dunia dengan pelaburan dan perkongsian untuk menangani cabaran global terbesar, iaitu perubahan iklim, keselamatan kesihatan global, pembangunan mampan, rantaian bekalan yang lebih kukuh.

 

Daripada keseluruhan peruntukan sebanyak 79.5 bilion Euro, 8.5 bilion Euro diperuntukkan untuk Asia dan Pasifik, jelasnya.

 

Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan bagi kedua-dua negara, diikuti dengan memotong kek dan penyampaian cenderahati daripada PYT kepada tetamu kehormat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19