Home > Sports
DPMM FC Menang Selesa Ke Atas Jerudong FC
October 17th, 2022 | 11:48 AM | 3061 views
BERAKAS
Pasukan DPMM FC mengesahkan kedudukannya ke pusingan suku akhir Piala FA Brunei 2022 setelah menewaskan Jerudong FC, 8 - 0 pada perlawanan yang berlangsung di Padang dan Belapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.
Jaringan pembukaan Pasukan DPMM FC terhasil seawal minit pertama perlawanan menerusi Muhammad Shahrazen Said sekali gus menambahkan semangat bagi pasukannya.
Muhammad Razimie Ramli kemudian tampil membolosi gawang Jerudong FC pada minit ke-29 dan selang empat minit kemudian, Mohd. Najib Haji Tarif menambahkan lagi jaringan ketiga buat DPMM FC pada minit ke-33.
Jerudong FC cuba bangkit memburu gol, namun beberapa percubaan mereka belum menghasilkan penyudah.
Kedudukan 3 - 0 tidak bertahan lama apabila Muhammad Shahrazen Said sekali lagi menjaringkan gol keempat pada minit ke-37 dan kedudukan 4 - 0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pada separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan DPMM FC terus mendominasi perlawanan dan memberikan tekanan kepada Jerudong FC apabila Abdul Azizi Ali Rahman beraksi cemerlang dan menghadiahkan hatrik pada minit ke-46, 67 dan 69 menjadikan kedudukan 7 - 0.
Muhammad Hakeme Yazid Said kemudiannya tampil mengegarkan gawang pasukan lawan sekali gus menjaringkan gol kelapan bagi pasukannya pada minit ke-89.
Kedudukan berkesudahan dengan 8 - 0 dengan kemenangan berpihak kepada DPMM FC.
Sementara itu, pada perlawanan lain, Hawa FC tewas 1 - 2 kepada Panchor Murai FC; MS ABDB pula menang ke atas AKSE Bersatu 1 - 3; Tutong Hotspur tewas 0 - 3 kepada MS PPDB dan IKLS-MB5 FC tewas 2 -7 kepada Indera SC.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]