FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran Penubuhan YSHHB Ke-24


YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-24 Penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB). |FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 October 6th, 2016  |  06:38 AM  |   1213 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 5 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-24 Penubuhan YSHHB.

 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia di Kompleks Bangunan YSHHB, di ibu negara dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Hakim Syari'e, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang juga memimpin bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran sempena sambutan berkenaan.

 

051016 HJMAS4 YAYASAN

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah.

 

Hadir sama pada majlis tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi II Lembaga Pengarah YSHHB.

 

Turut hadir ialah Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA), pegawai-pegawai dan kakitangan YSHHB serta guru-guru Sekolah YSHHB.

 

YSHHB ditubuhkan atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Perak Kebawah DYMM Menaiki Takhta pada 5 Oktober 1992.

 

Penubuhannya juga adalah sebagai wadah amal jariah dan derma khairat Kebawah DYMM dan keluarga baginda yang juga merupakan sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyatnya serta menjadi pembentukan masyarakat di negara ini yang sejahtera dan makmur.

051016 HJMAS9 YAYASAN

KETUA Hakim Syari'e, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar memimpin bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran.

 

Dalam dekad pertama, YSHHB telah mengusahakan pelbagai rancangan, projek dan aktiviti selaras dengan dasar dan tujuan penubuhannya iaitu meliputi bidang agama, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan kewangan.

 

Selain itu, YSHHB terus melipatgandakan usahanya dalam memasuki dekad kedua dan mengambil inisiatif baharu dalam menghadapi keadaan demografi dan sosioekonomi yang sentiasa berubah dan mencabar.

 

Dalam memasuki dekad ketiga pula, YSHHB akan terus merancang dan mengambil langkah-langkah proaktif dan inovatif yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian perancangan, projek dan aktivitinya.

 

Sementara itu, YSHHB akan terus menghulurkan bantuan yang sesuai kepada rakyat dan penduduk di negara ini selaras dengan visinya 'Meningkatkan Kualiti Hidup serta Menuju Ke Arah Kecemerlangan Dalam Sosio-Budaya dan Sosio-Ekonomi'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17