FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat Meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan melintasi kawalan kehormatan sebelum berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 October 6th, 2016  |  06:41 AM  |   1195 views

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

 

Rabu, 5 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat meninggalkan Kuala Lumpur, Malaysia setelah selesai menghadiri Rundingan Tahunan Ke-20 di antara Ketua-Ketua Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia dan menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di Malaysia.

 

Sebelum berangkat meninggalkan hotel, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja di Pangkalan Udara Subang dijunjung oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Anifah bin Haji Aman dan isteri.

 

051016 BALIK AMP-71

KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha menadah tangan semasa doa dibacakan sebelum berangkat balik.

 

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya dijunjung berangkat ke VIP Room.

 

Di Bilik VIP Room tersebut, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima pesambah berupa Album Kenangan sempena keberangkatan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Malaysia.

 

Sebelum berangkat menaiki pesawat khas, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan melintasi Barisan Kawalan Kehormatan Statik.

 

051016 BALIK AZMI-1

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah berupa Album Kenangan sepanjang lawatan rasmi selama tiga hari di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Berada di Pangkalan Udara Subang bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Menteri Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Anifah bin Haji Aman dan isteri; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Omar, selaku Menteri Pengiring dan isteri; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman dan isteri; serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Malaysia.

 

051016 BALIK AMP-75

KEBAWAH DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah.

 

Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Awang Alaihuddin bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Lela Dato Seri Utama Haji Awang Mohd. Taha dan Datin; serta para pegawai Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Kuala Lumpur.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53