FacebookInstagramTwitterContact

 

Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spain WWC Winners, Jude Bellingham Take Home Laureus Awards           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Selamat Berangkat Tiba di Bangkok


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sejurus keberangkatan tiba di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pertahanan Thailand, Tuan Yang Terutama General Prawit Wongsuwon,selaku wakil Kerajaan Thailand. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 October 6th, 2016  |  06:43 AM  |   1382 views

BANGKOK, THAILAND

 

Rabu, 5 Oktober 2016. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam selamat berangkat tiba di Bangkok, Thailand bagi menghadiri Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia (ACD) Kali Kedua yang akan diadakan pada 9 hingga 10 Oktober di Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Thailand.

 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Military Air Terminal 2, Bangkok dijunjung oleh Ahli Majlis Di-Raja, Tuan Yang Terutama Atthaniti Disantha-amnarj dan Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pertahanan Thailand, Tuan Yang Terutama General Prawit Wongsuwon,selaku wakil Kerajaan Thailand; dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Thailand.

051016 TIBA-TH AMIRUL-3

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba di tempat persemayaman sepanjang keberangkatan di Bangkok.

 

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Tuan Yang Terutama Awang Haji Ismail bin Haji Manap dan isteri.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat melintasi kawalan kehormatan statik sebelum menaiki kenderaan khas menuju ke sebuah hotel ternama di Bangkok, tempat persemayaman baginda di sepanjang keberangkatan ke Sidang Kemuncak ACD Kali Kedua.

 

Dialog Kerjasama Asia (ACD) adalah satu inisiatif yang mengumpulkan 34 buah negara di Asia merangkumi dari Timur Tengah melalui Asia Tengah, Asia Tenggara dan Timur Laut Asia untuk menangani cabaran serantau dan global dan bekerja bersama-sama ke arah kebaikan bagi komuniti Asia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39