Home > Sports
Kejohanan Futsal Sempena HPA Ke-29 Labuhkan Tirai
October 31st, 2022 | 12:29 PM | 3242 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan, masing-masing muncul johan bagi Kategori Veteran dan Kategori Terbuka, di Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29, Tahun 2022, yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.
Naib johan bagi Kategori Veteran pula diraih oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan setelah tewas kepada Kementerian Pertahanan dengan jaringan, 2 - 1.
Berada di tempat ketiga ialah Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Sementara itu, bagi Kategori Terbuka, naib johan disandang oleh Kementerian Pendidikan setelah tewas kepada Kementerian Pembangunan, dengan jaringan 3 - 1 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.
Penyampaian hadiah-hadiah kepada pasukan-pasukan pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.
Sebanyak lapan kementerian menyertai Kategori Veteran; dan lapan lagi kementerian menyertai Kategori Terbuka, pada perlawanan futsal kali ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]