FacebookInstagramTwitterContact

 

Study Claims Drinking A Mug Of Black Tea Provides Enough Nutrients To Prevent COVID Infection           >>           Buyers Beware: Turmeric Products Are Often Contaminated With Lead           >>           Calcium: Why You Need It, Debunking Myths About It, And The Best Plant-Based Food Sources Of This Important Mineral           >>           Rubber Duck Washes Up On Scottish Beach 18 Years After It Was Released In Ireland           >>           Sainsbury’s Finally Gets The Price Of Freddo Right — After 19 Years           >>           Raya Joy for Hospital Patients           >>           Job Recruitment Interview           >>           Bilateral Exercise           >>           Hari Raya Aidilfitri can Alleviate Homesickness           >>           Spectrum Exhibition 2024           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Rasmikan Pesta Konvo UBD


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pesta Konvo 2016 sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-28 UBD. |FOTO : PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 October 7th, 2016  |  09:55 AM  |   2133 views

TUNGKU

 

Khamis, 6 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pesta Konvo 2016 sempena Majlis Konvokesyen Kali Ke-28 UBD.

 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah di Learning Commons di Perpustakaan universiti berkenaan dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

061016 DPMM MASRI1

SEJURUS keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) ke Majlis Perasmian Pesta Konvo UBD 2016 dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Majlis terdahulunya dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Setelah itu, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menyempurnakan sabda perasmian Pesta Konvo UBD 2016 yang bertemakan 'Kejayaan Melalui Keharmonian, Ilmu Pengetahuan, dan Daya Ketahanan' (Success Through Harmony, Knowledge and Resilience).

061016 DPMM MASRI6

BACAAN Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin.

 

Pemilihan tema tersebut bagi menjunjung sabda DYTM dalam hasrat untuk melahirkan belia yang berkemampuan, cekal, berani dan bijak serta berilmu pengetahuan yang relevan, di samping mempunyai moral dan keimanan yang kuat sebagai belia Islam melalui ajaran-ajaran Al-Quran dan Sunnah, bagi menjadi kunci kepada progres dan kemajuan sosio-ekonomi masyarakat serta keharmonian serantau melalui platform rangkaian dan perkongsian kepakaran belia-belia ASEAN.

 

DYTM kemudiannya berkenan berangkat menyaksikan Pameran Pesta Konvo 2016 yang mempamerkan pelbagai projek dan hasil penyelidikan inovatif para pelajar yang digambarkan melalui pameran projek-projek mahasiswa mahasiswi, di mana UBD telah memilih projek-projek yang 'leading edge' dan dapat membawa UBD ke masa hadapan selain turut mempunyai nilainya yang tersendiri.

061016 DPMM MASRI22

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD)berkenan menerima pesambah.

 

Antara projek-projek yang dipamerkan seperti guling tangan robotik, demonstrasi 'bioelectricity generation' dari tumbuhan air, pemetaan Creative Industries, pirolisis spesies Acacia untuk menghasilkan 'biofuel' dan produk bio yang lain serta pelbagai jenis pameran yang lain yang dijayakan melalui kerjasama berpasukan, serta menerusi keazaman dan iltizam para pelajar untuk menghasilkan produk projek mereka yang diharap akan dapat menyumbang kepada perkembangan masa depan dan ekonomi Brunei.

 

061016 DPMM MASRI23

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan dan Pro Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) ketika berkenan bergambar ramai.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM berkenan menerima pesambah daripada Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD) dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan junjung ziarah bersama para mahasiswa dan mahasiswi UBD.

 

Sepanjang pesta konvo tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti diaturkan antaranya Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran, Graduate Showcase, Kejohanan Piala Badminton di antara Fakulti 2016, Kejohanan Piala Bola Keranjang 2016, Majlis Makan Malam UBD, Acara Convo Run and Cycle, Pertandingan Video Klip Islam bagi Mahasiswa UBD serta beberapa acara persembahan dan acara-acara kebudayaan yang lainnya.

061016 DPMM MASRI19

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra dengan salah seorang mahasiswa dari luar negeri yang melanjutkan pengajian di UBD.

 

Pesta Konvo 2016 itu diadakan bagi meraikan kejayaan para mahasiswa dan mahasiswi UBD yang berjaya menamatkan pengajian masing-masing di samping meraikan kejayaan dalam meningkatkan keterampilan mereka menjadi graduan yang penuh inspirasi, kreatif dan inovatif yang sentiasa bersiap siaga bagi mengharungi cabaran dunia sebenar.

 

Sementara, Pameran Pesta Konvo 2016 berkenaan mula dibukakan bagi kunjungan orang ramai dan para pelajar selama dua minggu sehingga 22 Oktober ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Khartini Hamir

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Solomon Islands: The Pacific Election Being Closely Watched By China And The West

 2024-04-18 00:06:57

Whistleblower 'Would Not' Put Family On Boeing 787 Jet

 2024-04-18 01:01:12