Home > Bahasa Melayu
Berkenan menerima mengadap PM Thailand
MAJLIS Mengadap kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan isteri, Professor Madya Naraporn Chan-O-Cha. |FOTO : PELITA BRUNEI (Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
October 7th, 2016 | 09:58 AM | 1075 views
BANGKOK, THAILAND
Khamis, 6 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, malam tadi berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan Isteri, Professor Madya Naraporn Chan-O-Cha dan seterusnya berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand dan Isteri.
Majlis Menerima Mengadap dan Majlis Santap Malam tersebut berlangsung di The St Regis Bangkok Hotel, Bangkok.
Majlis Mengadap kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri oleh Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan Isteri telah diadakan di Bilik Astor Room 2, The St Regis Bangkok Hotel.
KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri semasa berkenan berangkat bersama-sama dengan Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand dan isteri pada Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Thailand dan isteri.
Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.
Rombongan TYT Perdana Menteri Thailand termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Tuan Yang Terutama Jeneral Prawit Wongsuwon; Menteri di Kementerian Luar Negeri, Tuan Yang Terutama Don Pramudwinai dan Isteri; Menteri Tenaga, Tuan Yang Terutama Jeneral Anantaporn Kanjanarat; Menteri Industri, Puan Yang Terutama Atchaka Sibunruang dan Setiausaha kepada Perdana Menteri, Jeneral (B) Wilas Aroonsri.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri semasa berkenan memotong kek sempena Ulang Tahun Puja Usia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri yang disembahkan kehadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri oleh Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan isteri.
Semasa Majlis Menerima Mengadap tersebut, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan TYT Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha berbincang mengenai hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand serta bertukar-tukar pandangan mengenai hal ehwal serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan beredar bersama-sama dengan TYT Perdana Menteri Thailand dan Isteri bagi Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh TYT Perdana Menteri Thailand dan Isteri.
Acara Majlis Santap Malam tersebut dimeriahkan lagi dengan pesambah berupa kek puja usia yang disembahkan kehadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri oleh Perdana Menteri Thailand, TYT Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan Isteri.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Siaran Akhbar Jabatan Perdana Menteri
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]