FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Mesyuarat VECONAC Medan Tentera Veteran ASEAN Bertukar Pengalaman


PEMANGKU Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz semasa menyampaikan VECONAC Honorary President kepada Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.|FOTO: PELITA BRUNEI (Hamzah Mohidin)

 


 October 8th, 2016  |  10:31 AM  |   1457 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jumaat, 7 Oktober. - Majlis Perasmian Mesyuarat Lembaga Eksekutif Ke-29 Gabungan Veteran Negara-Negara ASEAN dan Perhimpunan Agung Ke-16 (Veteran Confederation of ASEAN Countries (VECONAC) 29th Executive Board Meeting and 16th General Assembly Opening Ceremony) disempurnakan pagi tadi oleh Pemangku Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit.

 

Terdahulu, Presiden Persatuan Bekas Perajurit (PBP), Yang Dimuliakan Pehin Datu Paduka Raja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad dalam ucapannya berkata, hubungan yang terjalin melalui persatuan tersebut, meyakinkan bahawa kerjasama sebuah persahabatan berkekalan lebih kuat dan mendalam selain bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.

 

Menurutnya, Negara Brunei Darussalam pertama kali menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat VECONAC pada tahun 2000 sejak lapan tahun menjadi ahli VECONAC.

 

"Kini selepas 16 tahun, kita berbincang dan berkongsi perkara-perkara dalam landskap baru dinyalakan dengan semangat lama untuk menjadikan dunia ini lebih baik untuk persatuan dan rakan-rakan kami," katanya.

 

Yang Dimuliakan Pehin juga mengucapkan tahniah kepada BG Winston Toh dan pasukannya; Singapore Armed Forces Veteran League bagi pelancaran laman sesawang VECONAC pada 24 September 2016 lalu.

 

Ini menurut beliau lagi, merupakan satu pencapaian VECONAC yang sangat baik selain menunjukkan kemampuan kita menggunakan teknologi moden selaras dengan kehendak masa kini.

 

Pada majlis tersebut, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah juga menyampaikan VECONAC Medal of Honour kepada sembilan orang penerima dan VECONAC Honorary President kepada lapan orang penerima.

 

Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong salah seorang penerima bagi VECONAC Medal of Honour dan VECONAC Honorary President ketika ditemui berkata, beliau berasa amat bersyukur di atas Kepujian (Honours) dan anugerah yang diberikan kerana ia merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan di atas perkhidmatan yang pernah beliau berikan bermula dari tahun 1992 hingga tahun 2003.

 

Beliau seterusnya menyarankan kepada bekas anggota ABDB yang telah bersara yang minat untuk menerajui atau memimpin bekas-bekas perajurit yakni veteran-veteran untuk ikut berkecimpung dalam persatuan itu dalam sama-sama menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Aimi Sani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19