FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Daftar Anjing Peliharaan Sebelum 1 Februari 2023


 


 November 25th, 2022  |  11:26 AM  |   214 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) ingin memaklumkan bahawa para pemilik anjing peliharaan atau yang baru memiliki anjing supaya mendaftarkan anjing mereka dan seterusnya mendapatkan Lencana Anjing sebelum 1 Februari 2023.

 

Anjing-anjing peliharaan yang didaftarkan hendaklah berusia 3 bulan ke atas sebelum 1 Februari pada tiap-tiap tahun sama ada anjing yang baru dimiliki ataupun mana-mana anjing peliharaan yang pernah didaftarkan lesen dan lencana anjing sebelum ini dan telah tamat tempoh.

 

Harga Lesen Anjing bagi setiap seekor anjing adalah BND5 manakala bayaran pendaftaran bagi mendapatkan Lencana Anjing adalah berharga BND3.

 

Pendaftaran bolehlah dibuat di kaunter-kaunter berikut, iaitu di Tingkat 3, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 8.15 pagi hingga 3.00 petang manakala Sabtu bermula jam 8.15 pagi hingga 10.30 pagi sahaja.

 

Sementara itu, bagi Daerah Belait di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah Bangunan Utama Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jalan McKerron Kuala Belait KA1131 pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 3.00 petang; dan Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi sahaja.

 

Bagi Daerah Tutong di Kaunter Jabatan Bandaran Tutong, Aras Bawah Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Bukit Bendera pada setiap Isnin hingga Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.45 petang hingga 2.45 petang; dan Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi sahaja.

 

Adalah menjadi satu kesalahan di bawah Bab (4) dari Akta Anjing Penggal 60, jika pemilik anjing gagal mendaftarkan anjing-anjing peliharaan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda BND250 atau 14 hari penjara bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh dijatuhi hukuman denda BND500 atau sebulan penjara.

 

KHEDN ingin mengingatkan pemilik anjing supaya anjing yang telah didaftarkan perlulah dikalungkan lencana pada setiap masa. Bagi pemilik berdaftar yang mempunyai Lencana Anjing tetapi tidak dikalungkan pada anjing tersebut juga adalah satu kesalahan di bawah Bab (5) dari Akta Anjing Penggal 60 iaitu dikenakan denda BND250 atau sebulan penjara.

 

Pemilik anjing peliharaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas anjing-anjing peliharaan mereka untuk sentiasa berada di dalam kawasan rumah sahaja sama ada di kandang / sangkar atau ditambat.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran anjing peliharaan, orang ramai bolehlah menghubungi Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan menerusi talian +673 2232426 ext 303; Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria menerusi talian +673 3335567 / 3347495; dan Jabatan Bandaran Tutong di talian +673 4221009 / 8282965.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16