Home > Bahasa Melayu
SMALHB Sertai Program Walk For Health : 100K Steps
November 25th, 2022 | 11:29 AM | 187 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih 100 orang terdiri daripada para pegawai, guru-guru serta kakitangan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) turut serta pada Program Walk for Health : 100K Steps yang diadakan di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar Commonweath Drive, kelmarin.
Program anjuran bersama Unit Perkembangan Staf, Unit Kecemasan dan Keselamatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pentadbiran I dan II SMALHB ini antara lain bertujuan untuk membudayakan cara hidup sihat dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga SMALHB melalui program berunsur kesihatan.
Program ini juga menyahut usaha BN on the Move yang bermatlamat untuk mencapai 20 billion langkah bagi rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam.
Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh guru mata pelajaran Al-Quran, Md. Izzuddin Fathullah bin Haji Ahmad, diikuti dengan acara aerobik sebelum acara pelepasan dijalankan.
Para peserta diminta untuk merekod jumlah langkah mulai saat pelepasan sehingga ke barisan penamat dan memuatnaik maklumat ke pautan yang telah disediakan.
Turut serta, kanak-kanak serta ahli keluarga warga SMALHB.
Program ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 264, 261 langkah. Dengan harapan melalui program ini, para warga sekolah akan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif demi kesejahteraan hidup masing-masing.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]