FacebookInstagramTwitterContact

 

Hidden Epidemic: Oral Infections And How To Prevent Them           >>           NYC Wants All Uber And Lyft Cars To Be Electric By 2030           >>           Experts Warn AI Could One Day 'Kill Everyone' And Human Race Would Be Like 'The Dodo'           >>           'I Have No Friends At My Work - So I'm Forced To Eat My Lunch Alone In The Toilet'           >>           Gerard Butler Says He Almost Killed Co-Star Hilary Swank While Filming P.S. I Love You           >>           Kourtney Kardashian's Naked Dress Is Her Most Unconventional Look Yet           >>           Pete Davidson And Chase Sui Wonders Continue To Heat Up Hawaii With PDA Outing           >>           Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations           >>           US Economic Growth Stronger Than Expected           >>           Hemp Makes A Comeback In The Construction Industry           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:05 AM

Subuh

: 05:15 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:34 PM

Asar

: 03:55 PM

Maghrib

: 06:30 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bantu Lengkapkan Peniaga Tempatan Kemahiran Perniagaan


 


 November 25th, 2022  |  11:31 AM  |   132 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bank Baiduri bersama Darussalam Enterprise (DARe) mengadakan bengkel kedua Siri Pemerkasaan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) memfokuskan kepada Pemikiran Reka Bentuk untuk PMKS tempatan di Auditorium iCentre bertempat di Anggerek Desa Technology Park.

 

Bengkel berkenaan diadakan pada 23 November 2022 dengan tajuk 'Design Thinking: Accelerated'.

 

Sejak bulan April 2019 di bawah program Siri Pemerkasaan PMKS, pelbagai bengkel diadakan yang merangkumi pelbagai topik daripada e-dagang kepada strategi perniagaan.

 

Kerjasama berkenaan membawa Bank Baiduri dan DARe bersama-sama mewujudkan sinergi di samping melengkapkan kursus latihan semasa yang disediakan oleh Akademi Perniagaan Industri (IBA) DARe, dengan memberikan akses kepada pemilik perniagaan tempatan pada program latihan yang lebih teliti dan menyeluruh yang membolehkan mereka lebih berjaya dalam perniagaan mereka.

 

Bank Baiduri amat komited untuk menyokong PMKS tempatan sebagai sebahagian daripada tunjang ekonomi dalam usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

 

Bengkel yang turut merangkumi Design Sprint itu difasilitasi oleh Pengasas Positive X's (PX), Marcus Koh yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam pengalaman korporat dan keusahawanan serta 14 tahun dalam 'hands-on' Design Thinking dan Design Sprint secara amali dengan pelbagai pelanggan.

 

Bengkel berkenaan memberi tumpuan kepada mengesahkan soalan kritikal yang berkaitan dengan kedudukan jenama organisasi perniagaan.

 

Bengkel berkenaan juga disusun untuk menggunakan rangka kerja Design Thinking dengan mentakrifkan dan merangka semula masalah berdasarkan kepada keperluan emosi pelanggan serta dengan mempraktikkan pendekatan berpusatkan manusia untuk mencipta penyelesaian.

 

Pada akhir bengkel, para peserta menekankan bahawa ini memberi mereka hala tuju yang jelas tentang cara mencipta dan menampilkan jenama mereka serta cara membezakan produk mereka daripada persaingan di samping membangunkan pemahaman tentang lima peringkat Design Thinking, praktikal dan pendekatan 'hands-on' untuk mengaplikasikan konsep berkenaan.

 

''Siri Pemerkasaan MSME bertujuan untuk melengkapkan lagi perniagaan tempatan dan membantu mereka meningkatkan kemahiran mereka dalam menjalankan perniagaan mereka.

 

''Ini selaras dengan komitmen Bank Baiduri untuk menggalakkan keusahawanan dengan menyokong dan memupuk PMKS NBD di pelbagai peringkat kitaran perniagaan,'' kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui.

 

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang Bank Baiduri di 'www.baiduri.com' atau ikuti akaun media sosial Bank Baiduri atau hubungi Talian Bantuan Pelanggan 24 jam,  +673 244 9666.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


China To Resume Direct Flights To Sabah Next Month

 2023-01-27 10:44:54

Cost Of Living: How Onions Became A Luxury In The Philippines

 2023-01-27 10:47:10

Adani Group: Asia's Richest Man Hits Back At 'Con' Allegations

 2023-01-27 11:26:56