FacebookInstagramTwitterContact

 

War In Ukraine: US To Send New Aid Right Away, Biden Says           >>           Kenya: Floods Cause Widespread Devastation In Nairobi           >>           Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Rumah Tutong Juara Sukan Tahunan Sekolah Menengah YSHHB


 


 November 25th, 2022  |  11:37 AM  |   193 views

BERAKAS

 

Rumah Tutong dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada acara sukan tahunan Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) bagi tahun 2022 dengan mengutip sebanyak 11 emas, tujuh perak dan lapan gangsa.

 

Sementara itu, naib juara disandang oleh Rumah Belait, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Temburong.

 

Acara berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

 

Penyampaian pingat dan hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Sekolah Menengah YSHHB, Dayang Kartika binti Haji Abd. Rahman, selaku tetamu kehormat majlis.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan perarakan lalu bagi empat buah rumah sukan Sekolah Menengah YSHHB, iaitu Rumah Brunei Muara; Rumah Tutong; Rumah Belait; dan Rumah Temburong; disusuli  dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Allah Peliharakan Sultan dan lagu sekolah.

 

Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Dr. Haji Samsul Muawan bin Haji Sodiq dan diteruskan dengan bacaan Ikrar Sukan yang diketuai oleh Abdul Syaamil Afiq.

 

Seterusnya, tetamu kehormat majlis merasmikan acara sukan berkenaan dan diikuti dengan sesi suai kenal dengan setiap ketua rumah berserta ahli-ahlinya.

 

Antara sukan yang dipertandingkan pada acara berkenaan ialah rejam lembing, lompat jauh, lontar peluru, larian 100 meter, larian 200 meter, larian 400 meter dan larian 4 x 400 meter.

 

Objektif acara sukan berkenaan ialah untuk memupuk semangat, kerja berpasukan dan persaingan sihat antara para pelajar yang bertanding bagi mewakili rumah sukan masing-masing, di samping mengukuhkan hubungan positif antara guru-guru dan para pelajar.

 

Selain itu, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk sentiasa bersemangat dengan melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti sukan, juga mencari bakat yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam mana-mana pertandingan dalam bidang sukan di peringkat sekolah-sekolah dan maktab-maktab senegara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39