Home > Bahasa Melayu
Bantu Tingkatkan Bekalan Darah
November 25th, 2022 | 11:38 AM |
97 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, memerlukan darah jenis 'A' dan 'O' dengan segera.
Bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan dalam sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di hospital ini. Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 3.30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.
Sehubungan dengan ini, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, akan mengadakan Kempen-kempen Derma Darah bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hospital Suri Seri Begawan seperti yang dijadualkan di bawah. Kempen-kempen berikut adalah dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Kempen-kempen tersebut akan diadakan di Aras Bawah, Lobi Utama (berhadapan Klinik PHY dan Klinik Fisioterapi) Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait pada 26 November, 3 Disember dan 4 Disember 2022 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 1.30 petang hingga 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah menerusi talian 2242424 samb. 5745 / 6001 / 6002 atau WhatsApp 8775745 / 7375745 atau e-mel kepada '[email protected]' dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook '@bloodbank.ripas'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]