Home > Bahasa Melayu
714 Kes Disahkan Sembuh
November 25th, 2022 | 11:40 AM | 153 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak satu kes dicatatkan berada dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Manakala dua kes dicatatkan pada hari ini berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).
Menurut Infografik Status Harian Normal Baharu COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, sebanyak 714 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan kes yang sembuh meningkat menjadi 249,885.
Bagi Program Vaksinasi pula setakat hari ini, sebanyak 86.6 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima dua dos vaksin dan sebanyak 62.0 peratus remaja berumur 12 hingga 17 tahun menerima tiga dos vaksin.
Manakala sebanyak 78.8 peratus rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan tiga dos vaksin dan 11.2 peratus menerima empat dos vaksin COVID-19.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]