FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Muhammad Wafi, Chloe Raphaele Ramesh Johan Pertandingan Lukisan


 


 November 25th, 2022  |  11:46 AM  |   193 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 10 pelajar menerima  hadiah Pertandingan Lukisan yang diadakan pada Majlis Penutup Projek Pendidikan Alam Sekitar.

 

 Majlis diadakan di Mangrove Paradise Resort yang dihadiri lebih daripada 60 orang.

 

 Projek Pendidikan Alam Sekitar berkenaan merupakan inisiatif ketiga antara Green Brunei (GB) dan Mitsubishi Corporation (Brunei Liaison Office).

 

Projek berkenaan turut disokong oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri dan Brunei Shell Petroleum.

 

 Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

 

 Majlis penutup berkenaan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengasas Bersama Green Brunei, Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari.

 

 Menurutnya, Projek Pendidikan Alam Sekitar berkembang sejak penubuhannya dan Projek Jelajah Pendidikan Alam Sekitar yang pertama pada tahun 2020 bermula dengan hanya lawatan sambil belajar ke Tenaga Seria Brunei (TSB) dan Seria Energy Lab (SEL),

 

 Antara yang terlibat dalam lawatan berkenaan tambahnya ialah pelajar daripada peringkat rendah hingga ke peringkat atas serta orang awam.

 

Projek berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim, tenaga boleh diperbaharui dan kenderaan elektrik di bawah dasar perubahan iklim Negara Brunei Darussalam melalui pendidikan.

 

 Pada tahun lepas, projek EET mempunyai konsep yang sama, namun ia dilakukan secara maya disebabkan oleh wabak COVID-19.

 

“Kedua-dua projek berkenaan mendapat maklum balas positif daripada pihak sekolah dan para peserta. Oleh itu, kami ingin terus meningkatkan kesedaran tetapi dengan pendekatan yang berbeza," jelasnya lagi.

 

 Projek Pendidikan Alam Sekitar  kali ini mengambil pendekatan secara lebih praktikal berbanding pengalaman maya untuk para peserta.

 

Selain lawatan sambil belajar ke TSB dan SEL, aktiviti baharu seperti mengadakan bengkel dan ceramah mengenai alam sekitar, aktiviti membersihkan sungai dan penanaman pokok juga turut diperkenalkan.

 

“Saya percaya program pada tahun ini adalah lebih bermakna kerana para pelajar berasa lebih berjaya menyertai aktiviti berkenaan.

 

“Untuk penanaman pokok, para pelajar tercabar untuk mendaki bukit sambil membawa anak pokok. Walaupun keadaan laluan jalan basah selepas hujan dan laluannya mengambil sedikit masa, semua kerja keras para pelajar amat berbaloi kerana pokok yang mereka tanam akan membantu mengurangkan kesan perubahan iklim," kata Dayang Khairunnisa lagi.

 

Selain itu jelasnya, pembersihan sungai juga turut mendapat sambutan positif daripada para pelajar dari Sekolah Rendah Sungai Siamas. Para pelajar berasa sangat teruja untuk melaksanakan aktiviti pembersihan sungai dan ada yang berani turun ke tambing sungai dengan pemantauan dan kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

 

 “Kami juga mendapat bantuan daripada wakil dari Kedutaan Jepun, yang bersemangat untuk mengumpulkan semua sampah, termasuk yang jauh di dalam lumpur.

 

“Selain itu, bengkel dan ceramah bertemakan perubahan iklim secara fizikal juga lebih meriah kerana para pelajar lebih berinteraksi dan proaktif. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang lebih baik untuk para pelajar secara keseluruhannya.

 

“Dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang bersama-sama membantu menjayakan program ini," ujarnya lagi

 

 Sementara itu, Sayaka Adachi, wakil bagi Tadashi Hara, Perwakilan Negara Mitsubishi Corporation (Brunei Liaison Office) ketika menyampaikan ucapannya menjelaskan bahawa selama tiga tahun berturut-turut, Projek Pendidikan Alam Sekitar telah menjadi pengalaman yang berjaya dan berharga untuk pelajar.

 

 “Untuk tahun 2022 ini, dengan kerjasama semua pihak berkepentingan, kami berjaya meneruskan aktiviti fizikal. Pertama, kami menganjurkan sesi penanaman pokok pada bulan September, dengan Mitsubishi Corporation menyumbang 507 buah anak pokok di Hutan Simpanan Berakas; dan kedua, sama seperti tahun 2020 dan 2021, di bawah sokongan Brunei Shell Petroleum (BSP), kami telah mengadakan lawatan sambil belajar bagi pelajar sekolah menengah ke TSB, SEL serta lawatan Panel Suria BSP dan ketiga, kami memperkenalkan aktiviti baharu, iaitu aktiviti membersihkan sungai yang diadakan sebanyak dua kali di Kampung Ayer, dengan sokongan Jabatan Daerah Brunei-Muara, JBP, dan Jabatan Alam Sekitar, Rekreasi dan Taman.

 

“Ini adalah kali pertama kami mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan sungai sekali gus menjadikan ia sebagai satu lagi cara untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar kepada para pelajar dan orang ramai. Dengan adanya semangat berpasukan, kami berjaya mengumpul sejumlah 641.9 kilogram sampah dan kami amat berharap agar para peserta akan terus memainkan peranan kepada orang ramai dalam menekankan kepentingan alam sekitar yang bersih.  

 

“Akhir sekali, pada tahun ini kami menganjurkan Pertandingan Melukis untuk para pelajar sekolah rendah yang bertemakan 'Perubahan Iklim," kata Sayaka Adachi lagi.

 

“Dengan kerjasama Jabatan Kokurikulum dan GB, kami berjaya menerima sebanyak 484 hasil karya seni dan kami amat menghargai usaha mereka yang telah menyertai pertandingan kerana telah menunjukkan kreativiti dan kemahiran melukis mereka yang luar biasa.

 

“Dengan sokongan baik juri, seramai 10 orang pelajar telah dicalonkan sebagai pemenang yang akan disampaikan pada majlis ini. Dan di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menang," ujar Sayaka Adachi lagi.

 

 Majlis diteruskan dengan pengumuman para pemenang dan acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan Lukisan, iaitu Kategori lelaki dan Kategori Perempuan.

 

Johan bagi Kategori Lelaki ialah Muhammad Wafi bin Rosley dari Sekolah Rendah Raja Isteri Fatimah, manakala johan bagi Kategori Perempuan ialah Chloe Raphaele Ramesh dari St. Andrew's School.

 

Masing-masing menerima hadiah wang tunai sejumlah BND350, trofi dan juga sijil.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54