FacebookInstagramTwitterContact

 

Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD-Thailand Terus Eratkan Hubungan Dua Hala


 


 November 25th, 2022  |  11:49 AM  |   187 views

GADONG

 

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC Ke-29 di Bangkok pada minggu lalu merupakan satu kejayaan sebagaimana yang ditekankan oleh Perdana Menteri Thailand sebagai kejayaan bersama oleh semua ahli APEC yang ingin melihat rangka kerja serantau beroperasi dalam menghadapi konteks global yang tidak menentu, yang bertujuan untuk memajukan pertumbuhan ekonomi bagi masa depan rantau Asia-Pasifik.

 

Pemimpin APEC mengguna pakai Deklarasi Pemimpin 2022 yang mencerminkan kerja sepanjang tahun 2022 dengan Bio-Circular Green (BCG) Economy sebagai penggerak untuk pemulihan pasca pandemik dan pertumbuhan yang mampan serta inklusif untuk rantau ini di bawah tiga tema utama, iaitu Pengerusi APEC Thailand bagi Hubungan Terbuka dan Seimbang.

 

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai semasa menyampaikan ucapannya pada Majlis Resepsi sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej, Hari Kebangsaan Thailand dan Hari Bapa Thailand yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini.

 

Puan Yang Terutama seterusnya menjelaskan satu lagi pencapaian dan legasi Thailand untuk jawatan pengerusinya pada tahun 2022 ialah pengesahan 'Matlamat Bangkok Mengenai Ekonomi BCG'.

 

"Matlamat Bangkok akan berfungsi sebagai rangka kerja yang komprehensif untuk menyelaraskan objektif kemampanan dan inklusif rantau ini dalam mencapai Wawasan Putrajaya 2040 dengan tumpuan kepada empat bidang utama, iaitu mitigasi perubahan iklim; perdagangan dan pelaburan yang mampan; pemuliharaan alam sekitar; serta pengurusan sisa (waste management)," jelas PYT lagi.

 

Hubungan dua hala NBD dan Thailand ujar PYT ialah memfokuskan kepada kerjasama erat dalam pelbagai bidang termasuk pertanian, pendidikan, pertahanan, kesihatan dan perdagangan.

 

Dengan keadaan kedua-dua negara berkongsi hala tuju yang sama seperti menerima kemampanan dan transformasi digital, PYT seterusnya yakin bahawa kedua-dua buah negara akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama bagi manfaat bersama, semasa NBD dan Thailand menghampiri Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Hubungan Diplomatik pada tahun 2024 yang akan datang.

 

Terdahulu, PYT menjelaskan bahawa Hari Kebangsaan Thailand jatuh pada 5 Disember setiap tahun dan pada tarikh yang sama, Hari Keputeraan Mendiang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej serta Hari Bapa Thailand turut diraikan.

 

PYT seterusnya berkata bahawa ia adalah tarikh yang sangat bermakna bagi semua rakyat Thailand dan PYT menzahirkan rasa gembiranya apabila berkesempatan untuk mengadakan Majlis Resepsi berkenaan, yang kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019, sebelum wabak COVID-19 melanda dunia.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan isteri.

 

Atur cara diisikan dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh PYT kepada tetamu kehormat majlis, diikuti dengan acara memotong kek dan sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17