FacebookInstagramTwitterContact

 

Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Gleneagles JPMC Serah Sumbangan Kepada Badan Amal


 


 November 25th, 2022  |  11:54 AM  |   164 views

JERUDONG

 

Beban ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19 adalah signifikan dan sememangnya memberikan tekanan kepada kebanyakan komuniti di seluruh dunia.

 

Memasuki usia penubuhannya ke-20 di Negara Brunei Darussalam, Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC) kini lebih komited berbanding sebelum ini untuk mendekati masyarakat tempatan dalam semua sektor, bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosi nilai sosial yang telah diperjuangkan secara berterusan oleh organisasi rakan kongsi, terutamanya dalam mengemudi melalui sosio cabaran ekonomi dunia pasca pandemik ini.

 

Perkara berkenaan ditekankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr. Peter Tay dalam ucapan alu-aluannya pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility – CSR Programme) yang diadakan di Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC), di sini.

 

Menurutnya, sejak program CSR dimulakan pada tahun 2019, Gleneagles JPMC terlibat secara aktif dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan serta perusahaan sosial dalam memenuhi matlamat khusus mereka yang memberikan impak sosial yang positif kepada kehidupan orang ramai dan masyarakat.

 

Ini jelas beliau lagi merupakan aspek penting dalam Program CSR, yang turut merangkumi komponen lain seperti kempen amal, aktiviti pemeriksaan kesihatan awam dan korporat, inisiatif sosial perubatan untuk golongan kurang berkemampuan dan perkongsian awam-swasta yang berterusan dengan Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dalam bidang kesihatan di tempat kerja dan komuniti.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah, Gleneagles JPMC.

 

Juga hadir, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Ahli Lembaga Pengarah, Gleneagles JPMC.

 

Pada majlis berkenaan, Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II menyerahkan cek berjumlah BND10,000 masing-masing kepada Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Aids Council); Cope for Hope; Demensia Brunei; Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA).

 

Mereka diwakili oleh Setiausaha Media & Perhubungan Awam Brunei Darussalam Aids Council, Dayang Nurul Adilah binti Mahmud; Pengarah Eksekutif Cope for Hope, Dayang Nur Hazirah binti Haji Ahmad; Naib Presiden Dimensia Brunei, Dayang Irnawati binti Mahir; Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin; dan Naib Pengerusi YASKA, Dayang Tsara' Nawwarah binti Abdullah Chen.

 

Acara berkenaan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17