FacebookInstagramTwitterContact

 

2023 BIMP-EAGA SPM Dirasmikan           >>           Penandatanganan MoU Penaiktarafan BGEC           >>           Pelancaran Pusat Kecemerlangan Sejarah, Kesultanan Brunei Psb           >>           'I Had To Breastfeed My Husband On Holiday – It Was The Weirdest Thing We've Done'           >>           Librarians Left In Stitches As Overdue Book Finally Returned After 43 Years           >>           Khloe Kardashian Sets The Record Straight On Her Current Relationship Status           >>           Eminem's Daughter Hailie Jade Is Engaged To Evan Mcclintock           >>           See Chris Brown's Shocking Reaction To Losing 2023 Grammy For Best R&B Album           >>           Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK           >>           Tech Lay-Offs: Dell To Cut Workforce           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:07 AM

Subuh

: 05:17 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:35 PM

Asar

: 03:56 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:44 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


AIPA: Peluang Ahli Parlimen Bincang, Deliberasi Isu Peringkat Serantau


 


 November 25th, 2022  |  11:58 AM  |   157 views

PHNOM PENH, KEMBOJA

 

Majlis Mesyuarat Negara telah pun menghadiri Perhimpunan Agung ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA) kali ke-43 yang dianjurkan oleh National Assembly of the Kingdom of Cambodia.

 

Rombongan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.

 

Dalam usaha menuju Komuniti ASEAN yang mampan, sokongan, kerjasama dan perkongsian dalam kalangan semua pihak termasuk badan perundangan di ASEAN amat diperlukan dalam usaha mencapai Wawasan ASEAN Komuniti 2025.

 

Sehubungan itu, tema Perhimpunan Agung AIPA pada tahun ini, iaitu Advancing Together for Sustainable, Inclusive and Resilient ASEAN adalah bersesuaian dengan tema sidang kemuncak ASEAN dan bertepatan dengan masanya negara-negara ASEAN mencapai Wawasan ASEAN Komuniti 2025.

 

Dalam kenyataan perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Perhimpunan Agung AIPA Ke-43, menekankan keperluan kerjasama dan kolaborasi antara AIPA dan ASEAN demi mencapai kebaikan rakyat di rantau ASEAN.

 

Ahli Parlimen selaku suara rakyat mempunyai tugas dan tanggungjawab yang penting di dalam menjaga kesejahteraan rakyat di rantau ASEAN, terutama sekali golongan yang berkeperluan.

 

Perhimpunan Agung AIPA ialah sebuah platform yang dapat membuka peluang untuk ahli Parlimen membincangkan dan mendeliberasi serta bertukar-tukar pandangan dan amalan terbaik mengenai pelbagai isu sama ada di peringkat serantau mahupun antarabangsa dan menyeru untuk ASEAN dan AIPA supaya akan terus berusaha bagi mencari penyelesaian melalui pendekatan yang mempunyai visi yang jauh serta memartabatkan dialog yang sedia ada dan memperkasa kerjasama bersama rakan-rakan serantau dan antarabangsa dalam sama-sama memikul cabaran yang dihadapi.

 

Dalam Sidang Plenari pertama, Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara membuat kenyataan yang menekankan pentingnya perpaduan dan sentraliti dalam memastikan ASEAN mampu untuk mengatasi serta bertindak balas secara berkesan terhadap pelbagai cabaran yang akan dihadapi pada masa akan datang.

 

Impak COVID-19 terhadap kesihatan, pendidikan dan ekonomi tidak dapat dijangkakan dan ini memerlukan perhatian yang tinggi.

 

Perubahan iklim, pengurusan bencana serta keselamatan makanan menjadi cabaran utama yang perlu ditangani oleh para Parlimen dalam memenuhi keperluan rakyat dan penduduk.

 

Perhimpunan Agung AIPA dibuka rasmi oleh President of the National Assembly of the Kingdom of Cambodia dan President of the 43rd AIPA, Yang Berhormat Samdech Akka Moha Ponhea Chakrei Heng Samrin.

 

Dalam ucapan pembukaannya,  Yang Berhormat President of the National Assembly of the Kingdom of Cambodia dan President of the 43rd AIPA berucap dalam usaha untuk mencapai rantau ASEAN yang mampan, ia memerlukan usaha kolektif bagi mendapatkan pemulihan yang menggalakkan beberapa perkara termasuklah iklim yang berdaya tahan, peralihan tenaga bersih dan 'renewable', pelaburan hijau dan kewangan hijau.

 

Yang Berhormat juga menekankan bahawa badan perundangan memainkan peranan penting dalam mempromosikan perkembangan, perlindungan alam sekitar, perkembangan ekonomi, 'inclusiveness' dan juga kemampanan.

 

Sebanyak 37 resolusi dibincangkan dan diluluskan dalam komiti WAIPA, ekonomi, sosial dan juga organisasi.

 

Perhimpunan Agung diakhiri dengan penandatanganan sebuah Kenyataan Bersama (Joint Communique).

 

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara juga dianugerahkan AIPA Distinguished Service Award atas jasa dan komitmen yang telah diberikan kepada AIPA. Manakala, Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Lela Jasa Haji Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung AIPA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Deputy Minister: Moh In Final Phase Of Preparing Health White Paper

 2023-02-07 09:43:27

Second Balloon Over Latin America Is Ours – China

 2023-02-07 11:27:53

Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK

 2023-02-07 12:10:04