FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Martabatkan, Muliakan Al-Quran


 


 November 26th, 2022  |  12:14 PM  |   178 views

TANAH JAMBU

 

Seramai 73 Pelatih Program Pembangunan Belia Sesi April 2022, iaitu 49 lelaki dan 24 perempuan berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 Juz.

 

Sehubungan itu, Majlis Takreem Al-Quran bagi Pelatih-pelatih Program Pembangunan Belia Sesi April 2022 sempena Tamat Kursus Pusat Pembangunan Belia (PPB) diadakan di Dewan Binadiri, PPB, di sini.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, dikepalai oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai, dipimpin bersama oleh Awang Muhd. Rozdanniey Ezzad bin Mohd. Rozdanniey; dan Awang Muhd. Zayyad Baqi @ Muhd. Raziq bin Ahmad Zakie.

 

Sementara itu, Surah Al-Balad, ayat 1 hingga 20, dipimpin oleh Awang Muhd. Syafiq bin Jamel berserta para Pelatih PPB.

 

Kemudian majlis diteruskan dengan alunan Dikir oleh Lepasan Pelatih-pelatih 2019 hingga 2021, dan disusuli dengan merenjis minyak wangi serta Penyampaian Sijil-sijil, disempurnakan oleh Penolong Pengarah PPB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Fauziah binti Haji Mohd. Salleh selaku tetamu kehormat.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, dibacakan oleh Awang Muhd. Khairul Akmal bin Muhd. Sophian wakil dari Majlis Perwakilan Pelatih PPB.

 

Majlis Takreem Al-Quran bagi Pelatih-pelatih Program Pembangunan Belia Sesi April 2022 sempena Tamat Kursus PPB bersama para Pegawai, Kakitangan serta ibu bapa dan penjaga Pelatih PPB adalah aktiviti tahunan bagi Unit Program Pembangunan Diri PPB; dan sebagai salah satu kegiatan keagamaan bersempena tamat kursus bagi setiap sesi.

 

Sebelum ini, para pelatih digalakkan membaca Al-Quran setiap Jumaat, selepas Solat Maghrib, iaitu Surah Al-Kahfi dan surah-surah pilihan.

 

Majlis tersebut diadakan bagi memartabatkan dan memuliakan Al-Quran dalam kalangan pelatih.

 

Turut hadir, para Pegawai KKBS dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, serta ibu bapa dan penjaga Pelatih PPB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54