Home > Bahasa Melayu
2 Perwakilan KUPU SB sertai AsTEN Ke-14
November 26th, 2022 | 12:24 PM | 295 views
BANGKOK, THAILAND
Dua perwakilan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menghadiri The 14th President of The Association Of Southeast Asian Teacher Education Network (AsTEN) iaitu Persatuan Rangkaian Pendidikan Guru Asia Tenggara Ke-14 yang berlangsung bermula 24 hingga 26 November 2022 di Bangkok, Thailand.
Hadir bagi mewakili KUPU SB dalam mesyuarat berkenan ialah Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.
Turut hadir, Pengarah Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Dr. Kharhan bin Haji Jait.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan pembangunan hala tuju strategik AsTEN dan inisiatif Ahli AsTEN bagi Tahun 2022-2023. Turut dibincangkan ialah laporan instrumen Agensi Penjaminan Kualiti Pendidikan Guru AsTEN (ATQA), Program Latihan Pelatih (ToT) peringkat ASEAN dan bidang penerbitan penulisan ilmiah bagi Jurnal AsTEN.
AsTEN merupakan rangkaian institusi pendidikan guru utama negara-negara ASEAN di mana ahli-ahli akan mengerakkan usaha dalam menangani isu, cabaran dan kebimbangan yang berkaitan dengan program, amalan dan dasar pendidikan guru dalam ASEAN.
Persatuan tersebut juga berfungsi sebagai wadah kerjasama dalam akademik dan penyelidikan merentasi institusi anggota yang dapat memberikan manfaat kepada negara ahli dan rakyat ASEAN.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]