FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Manfaatkan Apa Yang Dipelajari


 


 November 26th, 2022  |  12:25 PM  |   305 views

JERUDONG

 

Kerjasama yang berterusan dihasrat akan menyumbang pada aspirasi kebangsaan, dalam mencapai tenaga kerja yang berkemahiran dan berjaya.

 

Bahkan, para pelajar akan terus meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dari latihan selama 15 bulan, dengan memanfaatkan apa yang dipelajari, kemahiran serta pengalaman industri untuk menjadi aset yang berharga kepada syarikat mereka.

 

Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Azman bin Ahmad selaku tetamu kehormat majlis menekankan demikian pada Majlis Penandatanganan Kontrak bagi iSkills kohort 1, di Pusat Persidangan Antarabangsa Bridex, di sini.

 

Beliau menjelaskan, para pelajar juga mengukuhkan jati diri mereka, terutamanya integriti, daya tahan, kerohanian, disiplin dan tanggungjawab semasa mengikuti Program Jati Diri, di kem Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong.

 

Bukan itu sahaja, pencapaian tersebut, tegas beliau, adalah hasil kerjasama dan sokongan berterusan daripada agensi-agensi kerajaan, institusi tempatan dan pihak yang berkepentingan dari pelbagai industri serta ibu bapa dan para pelajar.

 

Menurut beliau, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Program iSkills dan Industrial Skills Qualification (ISQ) dipertingkatkan melalui MISC Working Group (Tenaga) dengan sokongan industri untuk memenuhi permintaan tenaga kerja tempatan.

 

Oleh itu, beliau selaku Ahli MPEC Working Group merakamkan penghargaan kepada 10 buah syarikat yang terlibat, iaitu Adinin Works and Engineering Sdn. Bhd.; Amec Foster Wheeler (B) (Wood Plc) Sdn. Bhd.; Borneo Systematic Sdn. Bhd., Mashhor General Contractor Sdn. Bhd.; Massutera Engineering Sdn. Bhd., Megalift Sdn. Bhd.; Muara Maritime Services Sdn. Bhd.; Serikandi Oilfield Services Sdn. Bhd.; Tendrill International Sdn. Bhd.; dan Syarikat Rekayasa Innovasi Sdn. Bhd. atas sokongan mereka dalam memanfaatkan bakat tempatan yang sedia ada dengan menawarkan pekerjaan serta perantisan kepada para pelajar program tersebut.

 

Sejurus ucapan, Majlis Penandatanganan anjuran Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC), Jabatan Perdana Menteri diteruskan dengan menandatangani kontrak pekerjaan bagi seramai 105 pelajar, diikuti bersama 15 pelajar yang menandatangani kontrak perantisan, di bawah program perantisan iReady.

 

Turut hadir sebagai saksi penandatanganan, Setiausaha Tetap (Wawasan), Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad.

 

Penandatanganan tersebut adalah salah satu pencapaian bagi Program iSkills dan ISQ.

 

Majlis berkenaan adalah salah satu acara utama bersempena Pesta Kerjaya 2022, yang diadakan selama lima hari, mulai Rabu, 23 November hingga Ahad, 27 November 2022 ini, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali Jumaat, ia bermula pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang, di Dewan 1 & 2, Pusat Persidangan Antarabangsa Bridex, Jerudong.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28