FacebookInstagramTwitterContact

 

You-C1000 Basketball Cup           >>           Sail Malaysia Passage To The East 2025 Yacht Rally           >>           Unity and Cooperation among the Citizens           >>           Special Talk, Mosque Affairs Department           >>           Year 7 Students Recruitment Open Day           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony, Sengkurong Sixth Form Centre           >>           Khatam Al-Qur'an Ceremony, Keriam Religious School           >>           News Production Evolution           >>           RTB Continues to Improve           >>           Rebranding of Golden Jubilee TV Studio           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Peka Dengan Ramalan Cuaca Terkini


 


 November 27th, 2022  |  07:27 AM  |   123 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam sekarang berada di penghujung Monsun Peralihan, di mana kesan angin tempatan memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi cuaca harian negara kita.

 

Semasa tempoh Peralihan Monsun ini, cuaca pada lazimnya cerah, pada waktu pagi.

 

 Hujan dan ribut petir berlaku, terutama di pedalaman negara, pada sebelah petang dan bergerak ke kawasan persisiran dan laut, pada waktu malam serta kadang-kala berlanjutan hingga awal pagi, keesokan hari.

 

 Keadaan cuaca negara masih diramalkan aktif, bermula hari ini, Sabtu, 26 November 2022 hingga Isnin, 28 November 2022.

 

 Keadaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh beberapa kawasan tekanan rendah di kawasan rantau kita yang menggalakkan pembentukan awan hujan, seterusnya meningkatkan aktiviti turunan hujan di negara kita.

 

Kelajuan angin boleh meningkat hingga 40 kilometer sejam (kmsj) semasa atau dekat hujan lebat atau ribut petir.

 

Manakala di perairan Brunei, keadaan laut berombak sedikit, di bawah paras 1.0 meter (m).

 

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku.

 

 Kejadian pokok tumbang dan tanah susur boleh berlaku semasa hujan lebat serta keadaan berangin.

 

 Terdapat risiko berlakunya banjir kilat, terutamanya di kawasan-kawasan rendah dan mudah banjir serta di kawasan berdekatan tebing sungai semasa hujan lebat dan semasa kejadian air pasang.

 

 Orang ramai, termasuk para pemandu di jalan raya dan para pelaut dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan ramalan, nasihat serta amaran cuaca terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam dan membuat perancangan bersesuaian untuk keselamatan semua.

 

Kami akan terus memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat serta amaran cuaca jika perlu.

 

Maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini boleh diterima dengan lebih mudah melalui aplikasi bimbit kami, iaitu 'Brunei WX' kerana, maklumat, nasihat dan amaran cuaca dapat diterima terus, sebaik sahaja nasihat atau amaran terkini dikeluarkan.

 

Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperoleh dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114 atau melayari laman sesawang, 'www.met.gov.bn' atau melalui laman Facebook, '@bruneiweather' atau Instagram, '@brunei.weathe'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ex-Bangladesh Leader Authorised Deadly Crackdown, Leaked Audio Suggests

 2025-07-09 09:18:15

Trump Delays Tariffs As The Rest Of The World Plays Hardball

 2025-07-09 09:42:22