FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Platform Ceburkan Diri Dalam Bidang Perniagaan


 


 November 27th, 2022  |  07:29 AM  |   92 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Keusahawanan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) 2022 merupakan inisiatif institut berkenaan selaras dengan Rancangan Strategik 2020 -2024 untuk menyediakan latihan keusahawanan, kepimpinan dan kemasyarakatan belia Huffaz Al-Quran.

 

Aktiviti keusahawanan yang berlangsung di perkarangan ITQSHHB hari ini dijayakan bersama dari Jabatan Matematik, Teknologi dan Perdagangan dengan Jabatan Bahasa Melayu yang juga salah satu aktiviti di penggal akhir persekolahan bagi tahun 2022.

 

Hadir merasmikan pembukaan aktiviti berkenaan di sini, Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh siswa Diploma Aliyah Qiraat Tahun 3, Mohd Aziz Aszreen Shah bin Haji Mohd Zain.

 

Sejurus selepas perasmian, acara diteruskan lagi dengan 1st Scholastic Spartan Race.

 

Hari Keusahawanan berkenaan merupakan salah satu platform bagi para pelajar dan pegawai-pegawai, guru-guru dan kakitangan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

 

Selain itu, Hari Keusahawanan berkenaan juga dihasratkan dapat memupuk minat para pelajar untuk bergiat aktif di samping menjadi nilai tambah kepada kemahiran diri seiring dengan perkembangan dunia masa kini.

 

Pada masa yang sama, ia juga membantu menjana pendapatan tambahan bagi para pegawai, guru dan kakitangan Institut.

 

Manakala, objektif aktiviti berkenaan ialah sebagai Final Project bagi mata pelajaran Business, Art & Technology (BAT) bagi para pelajar Tahun 8 dalam bidang teori dan praktikal sepanjang pengajian akan dilaksanakan dalam Final Project.

 

Di samping itu, ia adalah untuk menarik minat warga institut khususnya para siswa, pelajar mahupun tenaga pengajar dan kakitangan institut untuk bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17