Home > Bahasa Melayu
Musabaqah Murattal Al-Quran Sempena 56 Tahun Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong
November 27th, 2022 | 07:36 AM | 150 views
TUTONG
Awang Muhammad Haqimie Syazwie bin Haji Suhardy muncul johan bagi Kategori A Musabaqah Murattal Al-Quran anjuran Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang berlangsung malam tadi di masjid berkenaan.
Sementara itu, johan bagi Kategori B disandang oleh Awang Nazirul Azizan bin Bahren, manakala Awang Hamdani bin Haji Ibrahim pula meraih johan bagi Kategori C dan Dayang Rosnani binti Bustang pula muncul johan bagi Kategori D.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Dalam ulasan Imam Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof selaku Ketua Hakim musabaqah berkenaan antara lain menjelaskan, musabaqah berkenaan diadakan selama dua hari, bermula pada Jumaat, 25 November dan ia juga adalah bersempena dengan 56 tahun penubuhan Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong yang dibukakan penyertaannya kepada para jemaah dan penduduk sekitar masjid berkenaan.
Seramai 38 peserta mengikuti musabaqah berkenaan yang terbahagi kepada empat kategori, iaitu Kategori A bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 15 tahun ke bawah; Kategori B bagi belia dan beliawanis berumur 16 tahun hingga 35 tahun; Kategori C bagi dewasa lelaki berumur 36 tahun ke atas; dan Kategori D bagi Muslimah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]