FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ibu Bapa Tonggak Utama Anak-Anak Mencapai Kejayaan


 


 November 27th, 2022  |  07:50 AM  |   178 views

SUNGAI AKAR

 

Seramai 143 murid diraikan pada Majlis Ihtifaal Penutup Penggal Akhir Tahun 2022M / 1444H dan Penyampaian Sijil bagi Murid-murid Tadika 3 sesi petang Cawangan Sungai Akar dan Ban 5 serta Tahun 6 Sekolah Al-Falaah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

 

Majlis berlangsung di Dewan Auditorium Sekolah Al-Falaah, Sungai Akar.

 

Pada majlis berkenaan, seramai 94 murid Tadika 3 sesi petang Cawangan Sungai Akar dan Ban 5 serta 49  murid Tahun 6 sekolah berkenaan menerima sijil masing-masing.

 

Sementara itu, seramai 66 murid, iaitu Tadika 3, Tahun 1 hingga Tahun 4 bagi sesi petang dan Tahun 6 menerima hadiah Pelajar Terbaik daripada setiap kelas yang terdiri daripada 51 penerima daripada Cawangan Sungai Akar dan 15 penerima dari Cawangan Ban 5.

 

Terdahulu, Pengetua Sekolah Al-Falaah, Dayang Hajah Sharifah Mastura Alsagoff binti Saiyed Zain, dalam ucapan alu-aluannya pada majlis berkenaan  berkata, acara tahunan seperti ini bukan sahaja meraikan kecemerlangan murid-murid tetapi juga untuk meraikan para ibu bapa dan penjaga yang meletakkan kejayaan anak-anak sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka.

 

Peranan pendidikan asas jelasnya adalah sangat penting dalam membentuk seseorang individu itu untuk menjadi generasi yang berguna dan berakhlak mulia.

 

“Ibu bapa menjadi tonggak utama dan contoh kepada anak-anak dalam adab menuntut ilmu, adab bermu'amalah dengan guru dan rakan-rakan serta juga adab mencapai kejayaan.

 

“Tidak diragukan lagi, kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak kepada usaha dan kesungguhan guru-guru semata-mata. Sokongan dan dorongan ibu bapa mempersiapkan murid untuk menerima ilmu adalah sama penting," tambahnya lagi.

 

Menurut Dayang Hajah Sharifah Mastura Alsagoff lagi, pihak sekolah berbangga dengan pencapaian murid-murid berkenaan walaupun mereka merupakan peringkat yang terjejas dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun yang lalu.

 

Pada majlis berkenaan, seramai 12 murid juga menerima hadiah bagi Pelajar Terbaik Dalam Al-Quran manakala enam murid menerima Hadiah Pelajar Terbaik Bagi Murid-murid Primari tajaan Insurans Islam TAIB.

 

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada 13 murid yang ikut serta dan berjaya dalam beberapa pertandingan antaranya Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan (MABIMS) anjuran Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Kementerian Hal Ehwal Ugama; Pertandingan Kata-kata Pantang Larang Orang Tua-tua Sekolah-sekolah Rendah Senegara anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan; Pertandingan Azan Subuh Sekolah-sekolah Rendah Senegara anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan; Pertandingan Qiraat Zikir dan Selawat Sekolah-sekolah Rendah Senegara anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan; dan Program 'Students In Steam' Cycle 2 (Poster and Infographic Challenge) anjuran Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan.

 

Majlis  turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan pentas antaranya 'Fashion Show (Career)', sketsa, nyanyian, mari bercerita dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, qasidah dan bacaan Al-Quran serta terjemahannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17