FacebookInstagramTwitterContact

 

2023 BIMP-EAGA SPM Dirasmikan           >>           Penandatanganan MoU Penaiktarafan BGEC           >>           Pelancaran Pusat Kecemerlangan Sejarah, Kesultanan Brunei Psb           >>           'I Had To Breastfeed My Husband On Holiday – It Was The Weirdest Thing We've Done'           >>           Librarians Left In Stitches As Overdue Book Finally Returned After 43 Years           >>           Khloe Kardashian Sets The Record Straight On Her Current Relationship Status           >>           Eminem's Daughter Hailie Jade Is Engaged To Evan Mcclintock           >>           See Chris Brown's Shocking Reaction To Losing 2023 Grammy For Best R&B Album           >>           Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK           >>           Tech Lay-Offs: Dell To Cut Workforce           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:07 AM

Subuh

: 05:17 AM

Syuruk

: 06:36 AM

Doha

: 06:59 AM

Zohor

: 12:35 PM

Asar

: 03:56 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:44 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkasa Minda, Sikap, Kemahiran Belia Pada Pembangunan Negara


 


 November 27th, 2022  |  07:52 AM  |   215 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Lebih 500 belia menghadiri Youth Town Hall Edisi Ke-5, yang diadakan di Dewan Teater, Jabatan Perdana Menteri, di sini.

 

Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) serta Youth Professionals Network (YPN) Brunei dan disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Youth Town Hall adalah platform yang ditubuhkan pada tahun 2020 bersempena Hari Belia Kebangsaan untuk memupuk pemikiran penyelesaian, pemikiran ke hadapan dan komuniti belia kolaboratif yang bersemangat, dalam menyumbang pada pembangunan negara dengan menyediakan peluang kepada belia berinteraksi bersama menteri dan pegawai kanan kerajaan.

 

Edisi Ke-5, yang bertemakan 'Bangkit Untuk Pembangunan Negara' (Rising Up for National Development) menyaksikan dialog bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan dikendalikan oleh Ketua Media dan Mentorship WeCan, YPN, Nadia Aji.

 

Perbincangan tertumpu pada bagaimana tahap pembangunan yang ingin dicapai oleh Negara Brunei Darussalam (NBD), di mana memerlukan tahap kerjasama dan kolaborasi yang belum pernah dilaksanakan sebelum ini di antara sektor awam, swasta dan masyarakat, bagi membina sebuah negara yang siap siaga dan berdaya tahan, terutamanya berlatarbelakangkan zaman global yang tidak menentu.

 

Semasa sesi Town Hall itu, pelbagai topik dibincangkan, termasuk kepimpinan akar umbi, peranan belia dalam mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan negara, isu perkauman di negara ini serta kapasiti tempatan untuk membangunkan jaminan makanan.

 

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, antara lain menyarankan agar para belia memperkasa minda, sikap dan kemahiran untuk menyumbang secara berkesan pada pembangunan negara.

 

Selain itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri turut berkongsi untuk menjadi pemimpin masa depan, belia perlu berkebolehan, memenuhi prasyarat untuk memimpin dengan baik dan bekerjasama bagi merealisasikan pembangunan negara secara menyeluruh.

 

Sementara itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pula, antara lain berkongsi aspirasi beliau untuk para belia di negara ini untuk membangunkan kedayatahanan tentang memartabatkan identiti Brunei, termasuk memastikan perkongsian maklumat adalah tepat dan membina.

 

Yang Berhormat juga berkongsi mengenai pelbagai usaha kementerian-kementerian, termasuk KKBS untuk membangunkan peluang bagi Orang Kelainan Upaya atau OKU. Beliau juga berharap sumbangan belia akan terus dikekalkan.

 

Pelbagai topik juga dibincangkan sepanjang sesi dua jam Town Hall, di mana para belia juga dinasihatkan supaya memahami Dasar Belia Negara.

 

Dengan bakat muda yang kuat, berpendidikan tinggi dan pelbagai, NBD sememangnya boleh mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 dan menjadi sebuah negara yang mempunyai inovasi dan peluang yang hebat.

 

Namun, untuk mencapai kejayaan besar tersebut, para belia perlu bersedia menyahut tuntutan pembangunan di pelbagai peringkat, termasuk di sekolah, tempat kerja dan penglibatan proaktif di peringkat masyarakat akar umbi, sama ada melalui NGO, termasuk di kampung-kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Deputy Minister: Moh In Final Phase Of Preparing Health White Paper

 2023-02-07 09:43:27

Second Balloon Over Latin America Is Ours – China

 2023-02-07 11:27:53

Nissan Warns Costs Must Fall To Make New Electric Cars In UK

 2023-02-07 12:10:04