FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JKED Berjaya Rampas Pelbagai Barang Tegahan


 


 November 28th, 2022  |  13:11 PM  |   126 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-undang menjalankan tiga gerakan operasi di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba; di kawasan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Mumong, Kuala Belait dan di kawasan perairan Sungai Brunei.

 

Hasil gerakan operasi pertama yang dijalankan pada Selasa, 22 November 2022 di kawasan RPN, Kampung Rimba, JKED berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 61 tahun atas kesalahan memiliki sembilan karton rokok dan 71 paket rokok pelbagai jenis.

 

Turut dirampas, wang tunai berjumlah BND224.95 dipercayai hasil daripada aktiviti penjualan barang-barang kesalahan kastam.

 

Hasil gerakan operasi kedua yang dijalankan pada Rabu, 23 November 2022 di kawasan STKRJ Mumong, Kuala Belait,  JKED berjaya menahan dua orang lelaki penduduk tetap yang berumur 17 dan 50 tahun atas kesalahan memiliki 19 paket rokok pelbagai jenis dan satu unit 'vape'.

 

Seterusnya hasil gerakan operasi ketiga yang dijalankan pada Khamis, 24 November 2022 di kawasan perairan Kampung Sungai Bunga dan Kampung Sungai Besar, JKED berjaya merampas sebanyak 1,350 karton rokok pelbagai jenis dan 20 tin minuman keras.

 

Turut dirampas adalah sebuah perahu jenis 'fiber' berukuran 17 kaki berserta satu unit enjin berjenama Yamaha 85hp.

 

Kesemua barang-barang terbabit dirampas dan para individu yang terlibat  dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-undang untuk siasatan lanjut.

 

JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan di negara ini dan menghindari daripada melakukan pelbagai kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan kastam.

 

Memiliki barang-barang tegahan kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

 

JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang  memberikan kerjasama dengan menyalurkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa juga kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan kastam dengan menghubungi JKED melalui talian utama JKED +673 8714422 / +673 8721422 atau pejabat kastam yang berdekatan.

 

Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17