FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Keputusan Tawaran Tertutup TPK Siri BBC, 28 November


 


 November 28th, 2022  |  13:19 PM  |   129 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa keputusan Tawaran Tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi Siri BBC melalui 1-Week Bid akan diumumkan melalui laman sesawang JPD di 'www. jpd.gov.bn' dan juga 'www.nomborku.gov.bn' pada Isnin, 28 November 2022.

 

Semua penender sukacita dimaklumkan yang telah mengikuti Tawaran Tertutup TPK sama ada berjaya atau sebaliknya juga akan menerima emel mengenai keputusan tawaran tersebut melalui emel yang telah didaftarkan bersama pihak jabatan ini.

 

Penender yang berjaya adalah dikehendaki untuk mematuhi terma dan syarat pendaftaran kenderaan seperti berikut.

 

Penender yang berjaya adalah dikehendaki menjelaskan keseluruhan harga tawaran dan mendaftarkan TPK di atas nama penender sendiri tidak lewat satu bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan; Jika penender gagal untuk melunaskan pembayaran dalam tempoh satu bulan dari tarikh Surat Berjaya dikeluarkan, tawaran TPK penender adalah dibatalkan.

 

Permohonan untuk melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bolehlah dipohonkan setelah bayaran penuh dijelaskan dan dihadapkan dalam tempoh satu bulan dari tarikh Surat Tawaran Berjaya dikeluarkan. Jumlah bayaran bagi melanjutkan tempoh mendaftar (holding fee) TPK adalah sebanyak BND60 bagi tempoh tiga tahun; Selepas tempoh tiga tahun, sekiranya pemohon belum mendaftarkan TPK dan berhasrat untuk menyimpan TPK bolehlah mengulangi pembayaran penahanan TPK (holding fee) sebanyak BND60 bagi melanjutkan tempoh kebenaran mendaftar TPK bagi tempoh tiga tahun lagi sehingga TPK berkenaan didaftarkan.

 

Jika penender ingin menyerahkan TPK berkenaan, persyaratan perkhidmatan serah adalah seperti berikut, Penender dikehendaki membuat bayaran perkhidmatan serah berjumlah BND5;  TPK hanya boleh diserahkan selepas tempoh 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dan TPK boleh diserahkan kurang daripada 12 bulan dari tarikh Surat Berjaya dengan syarat TPK berkenaan telah digunakan (didaftarkan) atas nama pemilik TPK.

 

Penender yang gagal untuk membayar harga tawaran TPK yang ditawarkan akan disenaraihitamkan dari menyertai tawaran tertutup bagi tempoh satu tahun dan TPK berkenaan akan ditawarkan semula.

 

Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) sukacita ingin mengucapkan tahniah kepada penender-penender yang berjaya dan seterusnya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penender diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan.

 

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian +673 2451990/91, WhatsApp +673 7181641 atau melalui e-mel '[email protected]'. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang 'www.jpd.gov.bn' dan Instagram '@jpd.bn' bagi maklumat lanjut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17