FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


EXCO Baharu MKM Dihasrat Berterusan Bantu Golongan Susah


 


 November 28th, 2022  |  13:20 PM  |   145 views

BERAKAS

 

Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kali-5 bagi memilih Ahli Jawatankuasa Eksekutif (AJK EXCO) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJK T) bagi Sesi 2022 - 2025, bertempat di Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

 

Yang Dipertua MKM, Haji Mohd Yusof Shaik bin Abdul Halim dalam ucapannya menekankan bahawa hampir kesemua projek yang dijalankan oleh MKM adalah secara berterusan dan bukan secara membantu sekali sahaja atau 'one-off'.

 

Menurut beliau, MKM hanya mampu mengendalikan projek-projek berkenaan hasil daripada sumbangan orang ramai.

 

“MKM merasa bersyukur kerana mendapat kepercayaan mereka.

 

“Saya penuh percaya bahawa EXCO baharu yang akan dilantik ini akan meneruskan perjuangan MKM dalam membantu golongan susah dalam negara ini dan juga di luar negara," katanya.

 

Beliau juga antara lain mengetengahkan mengenai pelbagai projek yang  dijayakan oleh MKM termasuk Skim Makan Pagi bagi para penuntut daripada golongan yang memerlukan; Skim Back To School; Skim Buku Amal; Skim Makanan Asasi dan Skim Legal Clinic.

 

Beliau seterusnya menambah, dalam peperiksaan GCE 'A' Level yang lalu, salah seorang daripada tiga orang penuntut yang dibantu oleh MKM mendapat keputusan yang sangat cemerlang, iaitu 3A dan 1A serta MKM masih membantu mereka di peringkat universiti.

 

“Pada tahun ini, MKM mengadakan tabung pengurusan jenazah bagi golongan yang kurang kemampuan untuk perbelanjaan mengebumikan ahli keluarga mereka. Sejauh ini, MKM membantu tiga buah keluarga.

 

"Dari Ogos 2021, apabila gelombang kedua COVID-19 melanda negara ini, MKM membelanjakan lebih BND100,000 bagi membantu petugas barisan hadapan dan golongan keluarga yang kurang kemampuan yang terjejas akibat COVID-19," ujar beliau lagi.

 

Sementara itu bagi projek kebajikan di luar negara, MKM juga menderma kepada Tabung Kemanusiaan Palestin; mengendalikan sebuah sekolah bagi pelarian Rohingya di Cox Bazar, Bangladesh yang menghasilkan 16 orang hafiz serta hafizah; mengagihkan pek makanan bagi Misi Kemanusiaan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh; serta membuat lebih 800 telaga air (tubewells) di kampung-kampung orang miskin dan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh, dengan setiap 'tubewells' berharga BND400.

 

Dari tahun 2018 katanya, MKM mengadakan projek korban Ramadan di Bangladesh dan telah mengorbankan lebih 124 lembu serta 2,000 kambing; selain membina 14 buah masjid dan surau di perkampungan orang-orang miskin dan di kem pelarian Rohingya.

 

“Dari tahun 2020, apabila COVID-19 melanda Bangladesh, golongan miskin menerima akibat yang sangat buruk dan ramai telah meninggal dunia kerana kelaparan. MKM melancarkan Projek Feed The Homeless untuk mereka dan setakat ini telah membelanjakan lebih BND40,000," katanya.

 

Antara agenda mesyuarat berkenaan termasuk meneliti dan mengesahkan Minit Laporan AGM Ke-4; Laporan Bendahari dan Laporan Setiausaha Agung; serta membubarkan AJK EXCO dan AJK T Sesi 2018 - 2021.

 

MKM yang ditubuhkan pada 2 Disember 2009 merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan telah bergiat aktif dalam mengungkayahkan aktiviti amal dan kebajikan khususnya dalam sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan menangani permasalahan golongan susah dan kurang berkemampuan di negara ini.

 

Setakat ini, MKM mempunyai hampir 100 orang ahli yang berdaftar, termasuk ahli-ahli Youth Wing MKM.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17