FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


600 Jemaah Hadiri Taklimat Pengurusan, Tatacara Umrah


 


 November 28th, 2022  |  13:22 PM  |   137 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB), pengendali utama perkhidmatan haji dan umrah di Negara Brunei Darussalam mengadakan taklimat kepada kumpulan-kumpulan jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah pada bulan Disember 1444H / 2022M.

 

Hampir 600 bakal jemaah umrah hadir untuk mengikuti taklimat pengurusan dan tatacara mengerjakan umrah yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

 

Turut hadir untuk memberikan taklimat berkenaan, Penolong Pengurus Am, Jabatan Haji dan Umrah DSSB, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar.

 

Dalam taklimat berkenaan, bakal para jemaah umrah diterangkan dengan cara pengurusan dan perjalanan di sepanjang mengerjakan ibadah umrah nanti.

 

Bakal para jemaah juga berkesempatan mendengarkan tazkirah daripada Ketua Unit Komunikasi Korporat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Haji Sammali bin Haji Adam dengan membawakan tajuk 'Kaedah dan Menghayati Ibadah Umrah' supaya diberikan kemanfaatan dan ilmu kepada mereka semasa mengerjakan ibadah umrah nanti.

 

Bakal jemaah umrah juga diberikan kesempatan untuk mempelajari cara-cara memakai kain ihram dan praktikal mengerjakan tawaf dan saie.

 

Bakal para jemaah umrah yang tidak dapat menghadiri taklimat berkenaan diberi peluang untuk menyertai taklimat berkenaan dengan menonton secara maya untuk mereka memperolehi pelbagai maklumat terkini.

 

Kumpulan pertama bakal jemaah umrah akan dijangka berangkat ke Tanah Suci pada 3 Disember 2022 dan akan kembali ke tanah air pada 14 Disember 2022.

 

Dan selepas itu, akan diteruskan lagi dengan kumpulan bakal jemaah umrah yang lain secara berperingkat di sepanjang bulan Disember 2022.

 

Selain bakal jemaah umrah kumpulan, beberapa rombongan bakal jemaah umrah persendirian juga akan berada di Tanah Suci untuk melakukan ibadah umrah sepanjang bulan Disember 2022 nanti.

 

DSSB juga ingin memaklumkan kepada orang ramai yang berkeinginan untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2023 bahawa pendaftaran kini dibukakan sekarang dan tempahan tempat duduk masih mempunyai kekosongan.

 

Bagi pakej pelancongan Islam, beberapa rombongan perkumpulan juga akan berangkat ke beberapa buah negara termasuk negara Turkiye, Balkan (Italy, Slovenia, Croatia, Bosnia, Montenegro, Albania, Macedonia) dan Korea yang juga akan berlepas pada bulan Disember 2022 ini.

 

Untuk keterangan lanjut mengenai dengan sebarang pakej pelancongan bolehlah menghubungi menerusi talian +673 2238160/1 dan bagi pakej haji dan umrah menghubungi terus ke talian +673 2231964/5.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50