Home > Bahasa Melayu
Pupuk Semangat Kerjasama, Beraktiviti Secara Sihat
November 28th, 2022 | 13:26 PM |
154 views
BELAIT
Sebagai usaha mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama peserta program HEAL (Happy Environment and Lifestyle), Aktiviti Fizikal telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dengan Kumpulan Syarikat Serikandi dengan sokongan HSN Fitness.
Hadir pada acara berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed bersama Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Serikandi, Shaikh Haji Khalid bin Shaikh Haji Ahmad.
Objektif program berkenaan antara lain untuk memupuk semangat kerjasama dan beraktiviti secara sihat serta profesional dalam kalangan penganjur.
Bagi memberkati aktiviti berkenaan, Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Imam Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Awang Mohd Hilmi bin Yakop.
Acara yang bermula seawal jam 6.30 pagi berkenaan mendapat sokongan padu daripada para peserta dan penaja yang turut serta memeriahkan acara berkenaan.
Antara program yang mendapat perhatian dan disertai oleh orang ramai termasuk aktiviti senam Tabata, Aerobik dan Zumba.
Sebanyak 80 hadiah bertuah disediakan oleh pihak penganjur dan penaja untuk penyertaan orang ramai yang berdaftar.
Aktiviti yang dianjurkan oleh HSN Fitness berkenaan merupakan sebahagian daripada program HEAL dan ia adalah salah satu projek perkongsian awam-swasta antara Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan dan Gleneagles Jerudong Park Medical Centre (JPMC).
Antara penaja program berkenaan, Serikandi Cafe dan Restaurant, HSN Fitness, Ya Nur Trading, Ya Nur Restaurant dan Catering, McDonald dan PDS.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]