FacebookInstagramTwitterContact

 

Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


'Ke Kampung Kitani' Mengukuhkan Silaturahim Penduduk Kampung


 


 November 28th, 2022  |  13:31 PM  |   221 views

TEMBURONG

 

Mendekatkan dan mengukuhkan lagi silaturahim bersama penduduk kampung melalui pelbagai aktiviti serta mendengarkan dengan lebih dekat lagi akan pelbagai cabaran yang dihadapi di peringkat kampung, merupakan antara objektif program 'Ke Kampung Kitani'.

 

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Program 'Ke Kampung Kitani' berlangsung hari ini bertempat di Balai Raya Kampung Selapon, Mukim Batu Apoi, di sini.

 

Hadir menyempurnakan majlis pelancaran berkenaan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan.

 

Turut hadir, Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim; jemputan khas berserta Pemangku Penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Pemangku Ketua-ketua Kampung dan Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Selapon dan penduduk di sekitarnya.

 

Majlis berkenaan dimulakan dengan acara walkaton menuju ke Taman Aie Tenab, diteruskan dengan pelancaran Program 'Ke Kampung Kitani' dan perasmian label 'Jaga Kebersihan' di kawasan Taman Aie Tenab.

 

Diikuti dengan walkaton menuju balik ke Balai Raya Kampung Selapon bagi acara penanaman pohon bagi program Green Protocol yang merupakan acara penutup bagi majlis pelancaran berkenaan.

 

Penanaman pohon bagi program Green Protocol merupakan kesinambungan pembarigaan penanaman pohon yang telah dilaksanakan pada 29 Mac lalu, bertempat di Bangunan Jabatan-jabatan Kerajaan Daerah Temburong.

 

Penanaman pohon di Balai Raya Kampung Selapon merupakan 'kick start' ataupun permulaan bagi aktiviti penanaman pohon bagi penyelarasan penanaman pohon di bawah Green Protocol yang dicadangkan dilaratkan ke kawasan dewan-dewan dan balai-balai raya di bawah tadahan Jabatan Daerah Temburong.

 

Program 'Ke Kampung Kitani' adalah antara inisiatif Jabatan Daerah Temburong melalui Bahagian Institusi Mukim dan Kampung bagi memastikan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan berpeluang mengadakan aktiviti di kampung-kampung di Daerah Temburong.

 

Cadangan aktiviti berkenaan ialah sekurang-kurangnya dua aktiviti diadakan pada setiap bulan yang merangkumi aktiviti seperti taklimat, aktiviti keugamaan, program kesedaran, kempen kebersihan, aktiviti sukan dan sebagainya.

 

Dengan pelbagai aktiviti berkenaan diharapkan terdapatnya kesepaduan antara pelbagai agensi yang berkenaan bersama dengan masyarakat setempat selain daripada ingin mengetahui mengenai dengan kemaslahatan penduduk kampung.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54