FacebookInstagramTwitterContact

 

Brunei Youth League U15           >>           Pantai Mentiri Amateur Open Golf Club Championship           >>           Reverse Heart Disease Through DIETARY CHOICES: Here’s Where To Start           >>           How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           Brunei Youth League U18           >>           Temporary Half Lane Closure           >>           Kate Hudson Shares Glimpse Into Family Vacation With Kids Bingham And Rani           >>           Missing           >>           Perbadanan TAIB receive Two Prestigious Awards           >>           Bay FC's Racheal Kundananji Says Zambia Are Going To Shake Up Women's AFCON Hierarchy           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Usaha Ke Arah Mempromosi Produk Ekopelancongan


 


 November 28th, 2022  |  13:35 PM  |   178 views

TUTONG

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan amat menghargai usaha-usaha yang diungkayahkan bagi meningkatkan kadar pelancongan dalam negeri, seperti Festival Kiudang yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kiudang dan Pad Nunok yang telah berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat, 25 November 2022.

 

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin menyatakan rasa penghargaan tersebut semasa ditemu bual pada hari kemuncak Festival Kiudang yang diadakan di pekarangan Gerai Muafakat, Kampung Kiudang, di sini.

 

Pihak kementerian, tambahnya, menggalakkan aktiviti-aktiviti festival seumpamanya kerana ia memberikan sokongan terhadap usaha-usaha bagi mengekalkan pelancongan, sama ada pelancongan domestik atau antarabangsa, selain untuk menghidupkan semula inisiatif Kenali Negara Kitani melalui pelbagai aktiviti kebudayaan dan juga ekopelancongan.

 

“Saya harap mukim-mukim dan kampung lain akan dapat mengikuti jejak langkah seperti yang diusahakan oleh pihak Kampung Kiudang dalam mempromosikan pelancongan domestik dan antarabangsa," ujarnya.

 

Terdahulu, Pemangku Ketua Kampung Kiudang dan Pad Nunok, Awang Haji Saufulbahri bin Haji Umarali selaku Pengerusi Festival Kiudang dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan, penganjuran festival tersebut adalah sebagai usaha ke arah mempromosi produk-produk ekopelancongan yang terdapat di kampung berkenaan seperti Taman Rekreasi Wasai Bedanu, kraf tangan, makanan tradisi, seni warisan budaya melalui penglibatan aktif masyarakat kampung bagi menggerakkan aktiviti ekopelancongan yang menarik dan berdaya tahan.

 

Sebagai penerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Standard ASEAN (CBT) bagi Tahun 2017 - 2019, katanya, MPK Kiudang sentiasa komited melihat ke hadapan terutama sekali meneroka peluang-peluang yang ada dengan melibatkan penyertaan masyarakat kampung khususnya dalam industri pelancongan.

 

Selain itu, tambahnya, Festival Kiudang juga merupakan platform bagi meningkatkan hubungan baik kepimpinan akar umbi dengan pihak-pihak yang berkepentingan ke arah melaksanakan penganjuran acara yang lebih baik dan sempurna melalui pendekatan senegara.

 

Festival Kiudang kali ini melibatkan sebanyak lebih 20 pengendali acara terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta, sekolah kerajaan dan swasta, masyarakat kampung, sukarelawan serta individu, dengan mengetengahkan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada para pengunjung selama tiga hari, sekali gus mencerminkan semangat setia kawan dan kesepakatan yang tinggi.

 

Festival tersebut merupakan penganjuran kali kedua oleh MPK Kiudang sejak tahun 2016, dengan pengisian yang dibahagikan kepada tiga konsep iaitu Ekopelancongan, Riadah Keluarga dan Tamu Bazar serta membawa slogan 'Siok inda beranti'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Russia Becomes First State To Recognise Afghanistan's Taliban Government

 2025-07-05 01:57:40

Trump Says US To Start Sending Out Tariff Letters

 2025-07-05 02:23:28