FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sentiasa Ungkap Kalimat Syukur Atas Segala Nikmat Allah Berikan


 


 November 28th, 2022  |  13:36 PM  |   222 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kalimah syukur memang sinonim didengar dan diucapkan, bahkan di dalam Al-Quran dan hadis juga banyak menekankan kepada semua manusia untuk sentiasa mengungkapkan kalimat syukur atas segala nikmat yang Allah Subhanahu Wata'ala berikan kepada hamba-Nya.

 

Bentuk syukur itu amat luas dan ada dalam pelbagai cara, ia tidak hanya terbatas atas nikmat yang baik sahaja, malahan segala ujian, cubaan dan dugaan yang dihadapi juga merupakan nikmat khusus yang patut disyukuri bagi mereka-mereka yang memahami erti syukur.

 

Justeru itu, kita sebagai hamba yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis hendaklah sentiasa menadah tangan tanda bersyukur kepada Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakan, dan reda serta percaya bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah dan pengajaran di dalamnya.

 

Demikian antara inti pati tazkirah yang disampaikan oleh Ataci Pelajaran dan Kebudayaan, Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam (NBD) di Republik Arab Mesir, Awang Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa, pada Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang diteruskan lagi minggu ke-63.

 

Malam Munajat minggu ini telah mengundang beberapa tetamu khas terdiri daripada Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang; para pegawai dan kakitangan serta para pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE); Kumpulan Belia Muallaf As-Syahadah serta Kedutaan Besar NBD di Republik Arab Mesir.

 

Malam Munajat minggu ini juga menyaksikan penyertaan jemaah daripada 96 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, serta warga KHEU berserta keluarga daripada kediaman masing-masing.

 

Penasihat Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, Awang Haji Umarali bin Esong, memulakan acara pada malam berkenaan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

 

Seterusnya bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai dipimpin oleh Guru Ugama Tingkat II, Kampus Bisnes IBTE, Awang Shaifulbahri bin Haji Ahmad, bersama kakitangan dan para pelajar Kampus IBTE dari Dewan Kuliah, Kampus Bisnes IBTE.

 

Diikuti dengan bacaan Doa Munajat oleh Pemangku Pengetua Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Awang Haji Norhisyam bin Haji Mohd Noor.

 

Acara Malam Munajat diteruskan lagi dengan Bacaan Asma'ul Husna dipimpin oleh Ahli Unit Logistik, Awang Muhammad Firas bin Kalong / Ibrahim, Belia Muallaf As-Syahadah bersama Kumpulan Belia Muallaf As-Syahadah dari Mushalla Al-Ameen, Pusat Da`wah Islamiah (PDI).

 

Bagi memberkati acara, Doa Peliharakan Sultan dan NBD dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU, Awang Haji Mahri bin Haji Metusin, dari Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang.

 

Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Di samping itu, berdoa agar rakyat dan NBD sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

 

Orang ramai dipelawa untuk menyertai Malam Munajat dari mana juga mereka berada pada setiap  Sabtu (malam Ahad) dengan melayari pautan 'http://tiny.cc/munajatkheu' atau melalui Instagram PDI di '@pdi_kheu'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19